Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 17,577 Kes Positif Baharu COVID-19, Sarawak Catat Lebih 3 Ribu Kes Hari Ini

Kes baharu COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini adalah sebanyak 17,577 dan menjadikan bilangan kes kumulatif sebanyak 2,067,327.

Menurut makluman Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat tujuh negeri yang mencatatkan ribuan kes baharu termasuklah Sarawak dengan rekod tertinggi iaitu 3,480 kes.

Selangor menjadi negeri kedua tertinggi yang mencatatkan kes terbanyak iaitu 2,646 kes.

Johor pula mencatatkan sebanyak 2,334 kes sekali gus berada di tangga ketiga.

Status terkini Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19, Pemberian Vaksin & Kes Baharu Sehingga 17 September 2021:

1) Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19 (Sehingga 16 September 2021, 5pm) • Penggunaan katil Bukan ICU 70% • Penggunaan katil ICU 76%

2) Peratus Kumulatif Pemberian Dos Vaksin COVID-19 (Sehingga 16 September 2021, 11:59pm) • % Populasi Keseluruhan – 1 dos 66.7% • % Populasi Keseluruhan – lengkap 55.0% • % Populasi Dewasa – 1 dos 92.7% • % Populasi Dewasa – lengkap 76.8%

3) Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri (Sehingga 17 September 2021, 12:00 Tengah Hari) • Bilangan kes baharu 17,577 kes • Bilangan kes kumulatif 2,067,327 kes

Sumber: Noor Hisham Abdullah

" "