Siakap Keli
Gambar: @abangcomot

(Video) Ada Bunyi “Krak..Krak..Krak” Masa Ambil Selekoh, Mekanik Ni Ajar Cara Nak Cek & Ini Puncanya

Pasti ramai diantara kita yang pernah terdengar bunyi yang pelik sewaktu sedang memusingkan steering untuk membelok.

Perkara sebegini kebiasaannya sering terjadi kepada kereta-kereta lama.

Sekiranya terdapat bunyi-bunyian yang pelik, pasti ada sesuatu yang perlu ditukar atau diperbaiki.

Berbalik kepada sedang memusingkan steering tadi, bunyi yang akan keluar sewaktu anda membelok kenderaan anda mungkin berpunca daripada driveshaft anda.

Satu akaun TikTok bernama @abangcomot ini ada berkongsikan tentang penjelasan dan cara untuk memeriksanya.

Menurutnya, cara yang mudah untuk memeriksa sekiranya bunyi ‘krak krak krak’ itu kedengaran sewaktu anda sedang membelok adalah dengan memusingkan tayar sehingga ke tahap maksimum.

Kemudian, tengok di bahagian dalam sekiranya terdapat kesan minyak grease pada komponen tersebut.

Sekiranya ada, ianya bermakna driveshaft boot kereta anda telah terkoyak. Ianya juga bermaksud bearing driveshaft kereta anda telah kekurangan grease.

Sekiranya terjadi perkara tersebut, anda dinasihatkan untuk membawa kenderaan anda terus berjumpa dengan mekanik bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

@abangcomot

Bunyi krak krak krak #tanyaabgcomot #tiktokguru

♬ JEREEE Remix – JEREEE

Sumber: @abangcomot

Aqmal Ezany

I write what is right