Siakap Keli
Gambar: BeritaHits

(Video) Pilih Hari Pertama Kahwin Tidur Di Rumah Mentua, Wanita Kongsi Situasi Lucu Bangun Pagi Semua Pandang “Awkward”

Wanita ini berkongsikan kisah hari pertama menjadi menantu di rumah keluarga suami. Perkara tersebut kemudian menjadi tular di media sosial.

Video yang dikongsi oleh akaun TikTok bernama @elizasifaa itu telah mendapat lebih 9 juta tontonan.

Dia berkongsi situasi-sitausi yang mungkin berlaku pada pengantin baru yang memilih untuk tidur di rumah keluarga. Katanya, pilihan tersebut mungkin akan disesali nanti.

“Awkward gila,” tulis perkongsian tersebut..

Dalam video tersebut, wanita berkenaan menunjukkan situasi di rumah ibu mentuapada waktu pagi. Katanya, pengantin mungkin akan ditatap secara pelik oleh seluruh ahli keluarga apabila keluar dari bilik pada waktu pagi.

“Hari pertama jadi menantu dalam keluarga suami. Baru je keluar dari bilik terus kena tengok,” jelas wanita itu.

Wanita itu terlihat keluar dengan rasa sedikit malu. Dia juga berjalan perlahan seakan tidak mahu membuat bising di rumah tersebut. Namun, gerak-gerinya itu mendapat perhatian seisi rumah.

Ibu mertuanya memandang tajam dari bawah ke atas. Dia memerhatikan dengan teliti ketika menantunya berjalan secara pelik.

Ekspresi serupa juga ditunjukkan oleh pembantu rumah di rumah ibu bapa mertuanya. Pembantu rumah tersebut segera menghentikan kerjanya seketika dan menatap gadis itu.

Selain dia, suaminya juga keluar secara malu-malu. Suaminya itu dilihat menggaru-garu kepalanya kerana semua orang menatap secara aneh ke arah kedua-dua mereka.

“Semua mata memandang kami dengan pandangan yang awkward,” keluh gadis tersebut.

Pandangan tersebut masih terus berlanjutan. Kakak iparnya juga berhenti bermain telefon bimbitnya untuk melihatnya.

Bapak mertua yang berada di luar bilik juga turut menatapnya. Bahkan, ada ahli keluarga yang lain memberikan tepukan.

Kesemua pandangan awkward itu telah membuatkan pasangan tersebut berasa tidak selesa. Mereka menjadi malu.

Wanita itu turut mengakui baru memahami mengapa pasangan baru kahwin lebih suka menginap di hotel. Perkara itu dilakukan untuk mengelakkan berasa awkward dengan ahli keluarga.

“Sekarang baru saya tahu mengapa orang memilih untuk menginap di hotel,” kata gadis itu.

@elizasifaa

Awkward bangettt😭😭😭 #YametKudasi

♬ Yamet Kudasi – @dewiismah

Sumber: BeritaHits

Aqmal Ezany

I write what is right