Siakap Keli
Gambar: NowThis

(Video) Viral Aksi Lelaki ‘Selamba’ Hulur Kaki, Buatkan Perompak Tengah Kelam-kabut Lari Tersadung Atas Lantai

Tindakan pantas lelaki ini berjaya menumpaskan seorang perompak yang cuba melarikan diri dari sebuah pusat beli-belah di Nonthaburi, Thailand.

Lelaki itu sedang duduk di sebuah kerusi ketika dia melihat seorang wanita yang baru sahaja bergegas keluar daripada sebuah kedai emas di Nonthaburi pada 12 September lalu.

Perompak tersebut tersadung dan terjatuh sebelum pengawal keselamatan berjaya menangkapnya gara-gara terlanggar kaki lelaki berkenaan.

Pegawai polis yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya menahan suspek yang disyaki melakukan rompakan bersenjata sebelum dia dibawa dalam tahanan.

Pihak polis memuji tindakan pantas lelaki itu kerana berjaya menumpaskan perompak tersebut sebelum perompak tersebut berjaya melarikan diri.

Leftenan Kolonel Nattapon MuanKasem berkata: “Perompak itu adalah merupakan seorang wanita berusia 17 tahun yang menggunakan pisau dapur sebagai senjata untuk menakut-nakutkan kakitangan kedai emas. Dia mengembalikan semua barang yang dicuri setelah ditangkap.

“Orang awam yang membantu menangkap perompak itu sangat berani. Kami amat berterima kasih kepadanya.”

Video CCTV insiden itu memaparkan seorang perompak yang memakai baju berwarna hitam dan topeng putih sambil memegang sebuah beg besar.

Perompak tersebut difahamkan telah masuk ke kaunter kedai emas itu sambil memegang pisau dan menyerahkan sekeping nota yang tertulis: “Letak duit dan emas di dalam beg. Jangan menjerit. Nyawa anda milik anda. Tidak perlu membunuh”.

Polis menyatakan bahawa pembantu kedai itu telah memasukkan barang-barang emas yang bernilai 400,000 baht ke dalam beg yang kemudiannya diserahkan kepada perompak tersebut.

Lelaki yang berusia 59 tahun itu berkata bahawa dia sedang berada di medan selera ketika dia terlihat perompak itu berlari. Dia kemudiannya dengan tenang menjatuhkan perompak tersebut bagi mengelakkan dia melepaskan diri.

Dia berkata: “Satu pasangan yang keluar dari kedai emas menyangka bahawa kedai itu telah dirompak. Oleh itu, saya pergi dan duduk di suatu tempat berhampiran dengan tempat kejadian dan menghulurkan kaki saya tepat ketika saya melihat gadis yang memegang pisau itu sedang berlari.

“Saya bercadang untuk menggunakan kerusi sebagai senjata pertahanan sekiranya pisau itu tidak terlepas dari genggamannya tapi nasib baik ianya terlepas. Saya takut dia mungkin tersandung dan jatuh ke atasnya.”

Pusat Juvana dan Keluarga dilaporkan telah membebaskan gadis yang berusia 17 tahun itu dengan jaminan setelah guru besar sekolahnya membayar bon berjumlah 15,000 baht.

Gadis itu dikatakan mempunyai masalah kewangan dan tekanan perbelanjaan yang mendorongnya melakukan rompakan tersebut.

Kesalahan merompak boleh dikenakan hukuman penjara di antara lima hingga 10 tahun.

 

 

Sumber: Newsflare

Aqmal Ezany

I write what is right