Siakap Keli
Gambar Via Paul Pogba/Omar & Hana

Baru Beli Tv Baru, Pogba “Up” Foto Layan Animasi Omar & Hana Bersama Anak-anak

Omar & Hana merupakan salah satu rancangan kartun yang popular dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Ia bukan saja menghiburkan tetapi turut mempunyai kandungan mengenai Islam dan nilai-nilai yang baik.

Bagi yang tidak tahu, Omar & Hana juga sudah ditayangkan di beberapa negara dan dialihkan ke Bahasa Inggeris.

Nampaknya, ia juga telah mendapat perhatian pemain bola sepak Perancis dan Manchester United, Paul Pogba yang dilihat sedang menonton rancangan itu di rumahnya.

Menerusi kiriman terbarunya di Instagram dan Facebook, Pogba dilihat sedang berdiri sambil memegang alat kawalan jauh dan paparan pada kaca TV miliknya memperlihatkan kartun Omar & Hana.

Melalui kapsyen yang ditulisnya, dia mungkin sedang mempromosikan TV tersebut.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Paul Labile Pogba (@paulpogba)

 

“Bersama C72+ TV terbaru saya dari TCL dan ianya skrin bersaiz XXL.

“Sesi menonton filem bersama keluarga di rumah!,” katanya.

Ruangan komen di kiriman itu telah dihujani oleh para netizen Malaysia yang teruja melihat Pogba menonton Omar & Hana.

Omar & Hana telah dihasilkan oleh syarikat animasi Malaysia, Digital Durian.

Setakat ini, saluran Youtube Omar & Hana versi Bahasa Melayu telah dilanggan oleh lima juta orang. Manakala, Youtube versi Bahasa Inggeris pula dilanggan oleh 939 ribu orang, yang terdiri daripada penonton antarabangsa.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zulay Pogba (@zulaypogba)

 

Sumber: Paul Pogba

Sofea

There's always another side to every story