Siakap Keli
Gambar hiasan | Kredit: Bernama

Kaunter JPJ Dah Dibuka, Ini Panduan Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)

Kerajaan baru-baru ini telah membenarkan kaunter-kaunter perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk beroperasi semula. Justeru, pasti ramai yang mahu berurusan seperti memperbaharui lesen, mendaftar lesen dan sebagainya.

Menyentuh mengenai pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM), setiap permohonan yang dibuat boleh dikemukakan oleh pemunya berdaftar lesen berkenaan ataupun wakil.

Dalam proses permohonannya di kaunter JPJ, mereka perlu mengemukakan kad pengenalan (MyKad) bagi tujuan bacaan dan rekod ke dalam sistem MySikap melalui alat pembaca MyKad.

Ia adalah bertujuan bagi memastikan rekod pemohon yang hadir ke kaunter dapat disimpan dalam pangkalan data JPJ sebagai rujukan dalam urusan pembaharuan LKM tersebut.

Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan persendirian di kaunter JPJ

Syarat-syarat permohonan:-

1) Permohonan boleh dikemukakan oleh pemunya berdaftar atau wakil do mana-mana pejabat JPJ negeri, cawangan & UTC.

2) Tempoh pembaharuan yang dibenarkan adalah enam bulan atau satu tahun.

3) Kenderaan mestilah mempunyai perlindungan insuran bagi tempoh LKM yang dipohon.

4) Hanya LKM yang akan tamat tempoh dalam masa dua bulan boleh diperbaharui.

5) Sekiranya pemunya berdaftar telah diisytiharkan meninggal dunia, pembaharuan LKM dibenarkan untuk tempoh enam bulan sahaja bagi setiap permohonan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun. Permohonan perlulah mendapat kelulusan jika tempoh kematian telah melebihi lima tahun.

6) Bagi kenderaan yang tarikh luput LKM terakhirnya adalah melebihi satu tahun dari tarikh permohonan, kenderaan perlu menjalani dan lulus pemeriksaan kenderaan seperti berikut:-

  • Pemeriksaan PUSPAKOM bagi semua kenderaan, atau
  • Pemeriksaan PG10 bagi motosikal milik individu sahaja dan motosikal yang diperiksa semasa program yang dianjurkan oleh JPJ atau motosikal yang disita JPJ sahaja

7) Bagi permohonan pembaharuan LKM  yang dimukakan di kawasan pengisytiharan di mana kadar LKM adalah lebih rendah daripada kawasan pengisytiharan asal, pertukaran kawasan pengisytiharan oleh pemunya berdaftar perlu dibuat sebelum proses pembaharuan LKM dijalankan.

Dokumen-dokumen yang diperlukan:-

1) Dokumen pengenalan diri pemunya berdaftar atau wakil yang hadir.

2) Laporan pemeriksaan PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa sekiranya kenderaan motor tidak aktif.

3) Pemeriksaan PG10 bagi motosikal milik individu sahaja dan motosikal yang diperiksa  semasa program yang dianjurkan oleh JPJ atau motosikal hyang disita oleh JPJ sahaja.

4) Bagi kenderaan yang pemunya berdaftar telah meninggal dunia lebih dari lima tahun, perlu membawa dokumen yang menunjukkan bahawa proses pembahagian pusaka sudah dimulakan atau apa-apa dokumen untuk pertimbangan kelulusan.

5) Borang perakuan kawasan pengisytiharan kenderaan di mana kenderaan digunakan (Sabah, Sarawak dan pulau bebas cukai).

6) Pengisytiharan kastam (K3) atau resit pelabuhan (Sabah, Sarawak dan pulau bebas cukai.

Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan perdagangan di kaunter JPJ

Syarat-syarat permohonan:-

1) Permohonan boleh dikemukakan oleh pemunya berdaftar atau wakil di mana-mana pejabat JPJ negeri atau cawangan.

2) Tempoh pembaharuan LKM adalah seperti berikut:-

  • Jenis kenderaan perdagangan dan treler adalah minimum tujuh hari, maksimum setahun untuk dua tahun pertama selepas pendaftaran baharu dan minimum tujuh hari, maksikum enam bulan selepas tempoh dua tahun tamat.
  • Jenis kenderaan treler kontena adalah minimum tujuh hari, maksimum setahun untuk tempoh 10 tahun pertama selepas pendaftaran baharu dan minimum tujuh hari, maksimum enam bulan selepas tempoh 10 tahun tamat.

3) Kenderaan mestilah mempunyai perlindungan insuran bagi tempoh LKM yang dipohon.

4) Hanya LKM yang akan luput dalam masa dua bulan boleh diperbaharui.

5) Tarikh pemeriksaan berkala PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa bagi tempoh LKM yang dipohon.

6) Bagi kenderaan perdagangan tidak beroperasi (Lay-up), ia perlu menjalani dan lulus pemeriksaan PUSPAKOM.

7) Permit yang dikeluarkan oleh SPAD / LPKP Sabah / LPKP Sarawak / MOTAC atau JKPIM hendaklah berkuatkuasa bagi tempoh LKM yang dipohon.

8) Kenderaan dumper / tipper import terpakai dengan Gross Vehicle Weight (GVW) melebihi 21,000 kilogram atau kenderaan rebuilt dengan GVW melebihi 38,000 kilogram yang didaftarkan sebagai kenderaan off-road kekal tidak boleh dilesenkan dan dikeluarkan LKM.

9) Bagi permohonan pembaharuan LKM yang dikemukakan di kawasan pengisytiharan di mana kadar LKM adalah lebih rendah daripada kawasan pengisytiharan asal, pertukaran kawasan pengisytiharan oleh pemunya berdaftar perlu dibuat sebelum proses pembaharuan LKM dijalankan.

Dokumen-dokumen yang diperlukan:-

1) Dokumen pengenalan diri pemunya berdaftar atau wakil yang hadir.

2) Laporan pemeriksaan PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa.

3) Borang perakuan kawasan pengisytiharan kenderaan di mana kenderaan digunakan (Sabah, Sarawak dan pulau bebas cukai).

4) Pengisytiharan kastam (K3) atau resit pelabuhan (Sabah, Sarawak dan pulau bebas cukai).

Sumber: Portal rasmi JPJ

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.