Ratusan burung migrasi dilaporkan mati setelah merempuh menara World Trade Centre (WTC) di New York beberapa hari yang lalu.
Menurut New York Post, bangkai-bangkai kesemua burung itu dilihat bertebaran di kaki lima di bawah menara tersebut.
Difahamkan, sekurang-kurangnya 291 burung termasuk spesis warblers hitam dan putih, American redstart dan burung oven ‘bingung’ dengan lampu dan kaca reflektif ketika terbang menuju ke arah selatan pada malam Isnin.
Sukarelawan pemantau pelanggaran burung untuk kumpulan pemuliharan burung New York, Melissa Breyer mengatakan bahawa dia terkejut kerana kebiasaannya jumlah burung yang mati kerana merempuh bangunan hanya sekitar 15 atau 20 ekor sahaja.
“Saya sangat terkejut, ia merupakan perkara yang luar biasa. Apabila melihat keadaan di situ, ia bagaikan mimpi ngeri,” katanya.
Dia juga telah memuatnaik beberapa gambar burung-burung yang mati itu di Twitter miliknya dan mendapat perhatian ramai.
Dalam pada itu, Melissa dan aktivis hidupan liar yang lain memohon agar pengendali WTC mematikan lampu pada waktu malam atau memasang pelekat yang membantu menjaga keselamatan burung-burung itu.
Sementara itu, wakil WTC mengatakan bahawa mereka sentiasa mengambil langkah untuk melindungi haiwan itu dan sudah memasang kaca khas untuk mengelakkan burung mati.
When you have 226 dead window-struck migratory birds from one morning, it’s hard to get them all in one photo. @_WTCOfficial — lights can be turned off, windows can be treated. Please do something. @4WTC and @3wtcnewyork don’t let this be your legacy. @NYCAudubon @wildbirdfund pic.twitter.com/Qiu8Wqmilf
— Melissa Breyer (@MelissaBreyer) September 14, 2021
Sumber: New York Post