Siakap Keli

Syarikat Ini Cari Peminat Filem Seram, Nak Bagi Upah RM 5,000 Untuk Tonton 13 Filem Seram

Anda peminat filem seram? Ini ada satu kerja kosong untuk anda. Sebuah syarikat pembekal maklumat kewangan atas talian, FinanceBuzz yang berpangkalan di Amerika Syarikat dilapor ingin mengupah seorang individu untuk menonton 13 filem paling seram pernah dihasilkan.

Individu berkenaan akan dibayar sebanyak USD 1,300 (RM 5,400).

Menurut laporan Penn Live, FinanceBuzz dikatakan membukan tawaran jawatan kosong itu bagi mencari seorang peserta kaji selidik dimana pihaknya akan mengkaji sama ada bajet akan mempengaruhi sesuatu filem seram yang dihasilkan.

Antara filem-filem yang disenaraikan adalah Saw, A Quiet Place, Insidious, The Blair Witch Project, Amityville Horror dan Paranormal Activity.

Bagi tujuan berkenaan, individu berkenaan akan dipakaikan alat pengukur degupan jantung, Fitbit. Semua data akan direkod dan dianalisis oleh pihak FinanceBuzz.

Tarikh tutup permohonan adalah 26 September ini. Individu yang terpilih akan dimaklumkan pada 1 Oktober dan akan menerima FitBit selepas 4 Oktober dan perlu menonton kesemua filem berkenaan dari 9 hingga 18 Oktober.

Sumber: Penn Live

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.