Musim pandemik ini membuatkan para ibu bapa lebih kreatif dalam melakukan aktiviti bersama anak-anak agar mereka tidak bosan dan merasa tertekan ketika berada di rumah.
Salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan adalah memasak. Tidak perlu memasak makanan yang rumit, terkadang hanya membakar kek dan roti juga boleh membuatkan anak-anak teruja.
Bercakap mengenainya, seorang pengguna TikTok, Siti Fairuz, ada berkongsikan mengenai resepi roti yang telah dicipta bersama anak-anaknya.
Mudah saja, tidak perlu bersusah-payah menguli tepung, beli roti krim gardenia dan bakar dalam air fryer.
@st15ruz Selamat mencuba. Resepi ringkas anak2. #diy #cafe #airfryerrecipes
Anda perlu membakarnya dalam tempoh masa 3 hingga 4 minit saja dengan suhu 160.
Mungkin ia dilihat biasa saja tetapi apabila sudah siap dimasak, hasilnya sangat sedap dan rangup, sesuai dimakan bersama anak-anak.
@st15ruz Reply to @extremegamer077 sorry lambat reply, yang mana nak tengok kejadian selepas kita masukkan dalam #airfryer #cafe #diy #airfryerrecipes
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 383 ribu tontonan di TikTok.
Bagi yang ada air fryer, bolehlah cuba resepi ini bersama anak-anak. Selamat mencuba.
Sumber: peyushhh