Seorang lelaki di California berada dalam ketakutan setelah mendakwa menemui objek dipercayai rambut manusia yang tersepit di antara batu nisan pada sebuah kubur yang dikatakan berusia 100 tahun, lapor New York Post.
Detik itu juga telah dikongsikan di laman Tiktok dan meraih jutaan tontonan sehingga kini.
“Ketika saya pertama kali melihatnya, saya terkejut, saya tidak pasti apa yang saya lihat itu benar-benar nyata. Tambahnya lagi, setelah diperiksa dengan lebih dekat dia mendakwa bahawa objek terjurai tersebut sememangnya rambut manusia yang keluar dari kubur berkenaan.
Rakaman tersebut memaparkan batu nisan yang didakwa berusia 100 tahun dengan sebatang kunci yang menonjol keluar dari celah batu. Perkara tersebut bagaimanapun telah menjadi perhatian warganet yang turut cuba menjelaskan keadaan itu.

Ada seorang warganet berpendapat bahawa perkara tersebut semememamng boleh terjadi sekiranya terdapat banjir besar dan hujan. Selain itu, ada juga yang mengatakan kejadian itu disebabkan oleh mayat berkenaan ditanam berhampiran pokok. Perkara ini kerana ada yang memberitahu supaya jangan kuburkan mayat berdekaan pokok.
Turut menjadi tanda tanya, objek dipercayai rambut manusia itu sudah tidak kelihatan setelah lelaki berkenaan kembali pada kawasan perkuburan itu keesokan harinya.
Sumber: New York Post