Siakap Keli
Gambar: VeryWell Family

Bayi Dah Masuk Usia 6 Bulan, Para Ibu Boleh Cuba 4 Resipi Bubur Bayi Ini, Pasti Si Manja Suka

Pemakanan bagi seorang bayi sangatlah penting. Disebabkan itu, ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata perlu peka terhadap perkara ini. Apabila bayi sudah mencecah usia 6 bulan, bayi sudah boleh mula untuk menikmati makanan pejal. Perkara ini kerana pada usia berkenaan si bayi sudah mempunyai penghadaman yang matang.

Antara makanan yang sesuai untuk usia bayi 6 bulan adalah bubur. Pelbagai resipi yang boleh dilakukan, namun Portal Hello Doktor ada berkongsikan 4 resipi bubur bayi yang para ibu boleh cuba dan pastinya si manja anda pun menyukainya.

Pernahkah ibu bapa terfikir mengenai resepi makanan bayi 6 bulan yang sedap, menarik dan berkhasiat buat si comel anda?

Bagi memastikan bayi membesar dengan sempurna, aspek pemakanan mereka perlu dijaga dengan sempurna.

Selepas bayi dilahirkan, mereka akan bergantung sepenuhnya terhadap susu ibu.

Selepas itu, anda boleh mula beralih kepada susu formula atau susu segar jika tidak mampu meneruskan penyusuan susu badan.

Makanan apakah yang paling sesuai buat bayi selain susu? Jawapannya adalah bubur.

Namun begitu, apakah resepi bubur bayi 6 bulan yang paling terbaik? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Bayi 6 bulan & makanan pejal

Mungkin akan ada ibu bapa yang tertanya-tanya umur berapa yang paling sesuai untuk memberi bayi makanan pejal?

Ada yang akan menjawab setahun, kurang setahun, lebih setahun atau pelbagai lagi jawapan yang boleh mereka fikirkan.

Sebenarnya, umur yang paling sesuai untuk bayi mula makan makanan pejal adalah 6 bulan.

Ini sesuai dengan saranan WHO dan UNICEF yang menjadikan umur 6 bulan ini sebagai umur optimum bagi bayi mula cuba makanan pejal.

Ini kerana, bayi 6 bulan secara umumnya sudah mempunyai sistem penghadaman yang agak matang dan sedia untuk mula menerima makanan.

Selain itu, bayi 6 bulan juga selalunya sudah mula pandai menelan makanan pejal.

Gambar via Hello Doktor

Resepi makanan bayi 6 bulan

Antara makanan pertama yang boleh ibu bapa berikan kepada bayi adalah bubur. Persoalannya, apakah jenis bubur yang sesuai untuk bayi anda?

Berikut merupakan resepi bubur bayi yang boleh anda cuba sediakan buat si comel anda.

Resepi Makanan Bayi 6 Bulan #1. Bubur nasi dengan susu ibu

Hakikatnya, tiada makanan yang mampu menggantikan susu ibu. Oleh itu, apa kata jika anda masak bubur nasi dengan susu ibu?

Sudah pasti ia akan penuh khasiat dan nutrisi serta disukai oleh bayi. Bahan yang diperlukan adalah nasi, bawang merah, bawang putih, dan susu ibu.

Cara memasaknya adalah seperti berikut:

  • Sangai beras dan goreng tanpa minyak
  • Kisar beras sehingga hancur
  • Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
  • Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, susu ibu dan sedikit air
  • Masak dengan api perlahan

Resepi Makanan Bayi 6 Bulan #2. Bubur nasi dengan ayam

Ini merupakan bubur nasi yang paling sedap dan merupakan kegemaran ramai individu tanpa mengira usia.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah beras, bawang putih, bawang merah, dan ayam bahagian dada.

Cara memasaknya adalah seperti berikut:

  • Sangai beras dan goreng tanpa minyak
  • Kisar beras sehingga hancur
  • Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
  • Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, ayam yang dicincang kecil dan sedikit air
  • Masak dengan api perlahan

Resepi Makanan Bayi 6 Bulan #3. Bubur nasi dengan kentang

Jika bayi anda bukan penggemar daging, kentang sangat sesuai untuk dicampurkan ke dalam bubur nasi bayi kerana ia merupakan sumber karbohidrat baik yang.

Bahan untuk bubur nasi bersama kentang ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan kentang.

Cara memasaknya adalah seperti berikut:

  • Sangai beras dan goreng tanpa minyak
  • Kisar beras sehingga hancur
  • Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
  • Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, kentang yang dicincang kecil dan sedikit air
  • Masak dengan api perlahan
  • Lenyekkan kentang sebelum diberi kepada bayi

Resepi Makanan Bayi 6 Bulan #4. Bubur nasi dengan bayam

Selain brokoli, bayam juga amat sesuai untuk diberikan kepada si comel anda. Cuma, pastikan anda menghirisnya kecil-kecil terlebih dahulu.

Bahan-bahannya ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan bayam.

Cara memasaknya adalah seperti berikut:

  • Sangai beras dan goreng tanpa minyak
  • Kisar beras sehingga hancur
  • Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
  • Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, bayam yang dicincang kecil dan sedikit air
  • Masak dengan api perlahan
  • Lenyekkan bayam sebelum diberi kepada bayi
  • Sama seperti brokoli, membasuh dengan melalunya di bawah air sahaja tidak mencukupi untuk sayur bayam. Anda perlu merendamnya dalam air sekurang-kurangnya 30 minit supaya semua kutu dan serangga yang bersembunyi di dalamnya keluar.
Gambar: Hello Doktor

Selain daripada bubur nasi, terdapat pelbagai lagi makanan lain yang sangat sesuai buat bayi yang berumur 6 bulan.

Berikut merupakan antara resepi-resepinya:

Puri sayur-sayuran

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1⁄2 cawan sayur pilihan anda
  • Air yang secukupnya untuk mengukus

Cara memasak:

  • Masukkan sayur pilihan anda ke dalam pengukus dan letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga ia lembut.
  • Kisar dengan sedikit air ataupun sup ayam yang secukupnya. Kalau sudah cukup lembut, anda juga boleh lenyekkan sayur pilihan anda sehingga ia menjadi puri.
  • Puri sayur-sayuran boleh diberi begitu sahaja pada mula-mula untuk mengikuti 4 days wait rule apabila memperkenalkan makanan baru kepada si comel.

Puri buah-buahan

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 biji buah pilihan anda yang telah dibersihkan, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz kecil supaya ia cepat lembut
  • 1 cawan air

Cara memasak:

  • Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
  • Masukkan buah pilihan anda ke dalam periuk. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah tersebut menjadi lembut.
  • Lenyek buah tersebut dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri atau anda juga boleh kisarkan ia dengan mesin pengisar.
  • Puri buah-buahan boleh diberi begitu sahaja ataupun dicampur dengan susu ibu. Ia sebenarnya terpulanglah kepada citarasa anda sendiri.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber: Hello Doktor

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.