Siakap Keli
Gambar Hiasan via PsycholoGenie

Kurang Dapat Perhatian Bila Ada Adik Baru, Doktor Kongsi Kesan Tekanan Terhadap Anak Sulung

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menjadi anak sulung dalam keluarga adalah tanggungjawab yang besar. Banyak pengorbanan abang atau kakak sulung kita buat yang sering kita terlepas pandang.

Seringkali kita dengar, ibu bapa menyuruh anak sulung mereka mengalah dengan adik-adik dengan alasan, “Kakak/abang dah besar, adik kecik lagi, bagi adik ya.”

Bila si sulung complain sebab asyik kena mengalah dengan adik-adik, mereka pula dianggap cemburu, sedangkan beban di bahu mereka belum tentu kita tahu.

Tak sedikit ibu bapa yang memandang ringan atau langsung tak cakna tentang kesan tekanan ini terhadap anak sulung masing-masing.

Oleh itu, seorang doktor kanak-kanak, melalui ciapan di laman Twitternya berkongsi pendapat tentang cabaran dan kesan tekanan terhadap anak sulung.

Nak tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian Dr Redza Zainol di bawah ini.

Cabaran anak sulung

Anak sulung kita selalu nampak tertekan?

Selalunya anak sulung akan hadapi 3 cabaran ini.

1. Paling selalu dimarah oleh mak ayah bila bergaduh dengan adik beradik walaupun bukan salah dia.

2. Kurang dapat perhatian bila ada adik baru.

3. Mak ayah terlalu berharap anak sulung menjadi contoh pada adik beradik sehingga:

  • Terlalu banyak peraturan ketat dikenakan pada anak sulung.
  • Terlalu menekan anak sulung untuk cepat membaca, menulis dan mengira walaupun dia masih kecil.

Kesan tekanan terhadap anak sulung

Kesannya, anak sulung suka memberontak, jadi pemarah dan pendendam, terlampau sensitif, kuat merajuk dan suka berlawan dengan adik.

Kesian anak sulung kita. Antara kesemua anak kita, mereka inilah yang paling banyak terima kekurangan mak ayah yang masih muda.

Sebab itulah kita perlukan ilmu untuk mendidik anak sulung. “Didiklah anak sulung sebaiknya kerana mereka adalah ketua dan pemimpin pada adik-adiknya.”

Semoga perkongsian Dr Redza ini memberi manfaat kepada para ibu bapa atau bakal ibu bapa di luar sana.

Sumber: Dr Redza Zainol

Eyla Azri