Siakap Keli

Program Bantuan Keluarga Malaysia, Sempena Hari Malaysia

DAMANSARA : Sept 15 Selepas kematian ibunya, Suki Wong, anak perempuan  yang baru berusia sembilan tahun telah menjadi inspirasi orang ramai apabila  beliau dengan penuh tanggungjawab menjaga ayahnya yang lumpuh akibat strok. 

Atas faktor kemiskinan, beliau tidak dapat ke sekolah. Bapa Suki, En Wong 65  tahun telah diserang strok lima tahun lalu dan menyebabkannya tidak lagi mampu  untuk mencari rezeki demi menyara keluarganya. 

Beliau kini bergantung harap 100 peratus kepada anaknya untuk menjaganya,  menyediakan makanan, dan melakukan kerja rumah. 

Kehidupan En Wong dan anaknya semakin sukar apabila sewa rumah sudah tidak  mampu lagi beliau bayar. Beliau terpaksa mengharapkan duit bantuan yang  disalurkan setiap bulan, tetapi ia hanya cukup untuk keperluan asas keluarganya.

Nikmat keluarga Malaysia, En Wong bersyukur kerana ada kawan-kawan dan jiran  pelbagai bangsa yang menjenguk serta bertanyakan khabar. Ramai juga yang sudi  membantu daripada segi makanan dan kewangan. 

Kisah En Wong dan anaknya Suki itu telah dimaklumkan oleh Puan Siti Arbi Binti  Mat Saton, Pengerusi Kelab Kebajikan Anggun Karisma Damansara Damai kepada  Majlis Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) 

Sempena Bulan Kemerdekaan, atas semangat keluarga Malaysia, MAPIM segera  melancarkan Program Santuni Keluarga Malaysia di sekitar Damansara yang turut  memberi sumbangan kepada keluarga En Wong.  

Program santuni keluarga Malaysia ini diketuai oleh Setiausaha Agung MAPIM  Malaysia, Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol menurut beliau, ‘‘Bantuan bukan  hanya bantuan kotak makanan, pihak MAPIM turut akan salurkan kes En Wong  kepada agensi kerajaan JKM dan rakan bantuan kumpulan Tiong Hua bagi  meringankan beban mereka dan juga menjaga kebajikannya keluarga En Wong dan  anak beliau.’’ 

Program santuni keluarga Malaysia di sekitar Damansara ini turut dibantu oleh  Kelab Kebajikan Anggun Karisma Damansara Damai dalam menyalurkan  sumbangan rakyat Malaysia untuk meringankan beban mereka yang memerlukan. 

Program ini juga menjadi bukti yang MAPIM Malaysia tidak pernah memilih bangsa  dan agama dalam memberikan bantuan kemanusian. 

Siti Fatimah