Siakap Keli
Gambar: Astro Awani & Bernama

Selepas Berbulan ‘Hilang’, Sajat Akhirnya Ditahan Di Bangkok

Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali dengan nama Nur Sajat telah ditahan pihak imigresen Thailand sejak 8 September lalu.

Memetik laporan Astro Awani, seorang lelaki berperwatakan wanita dipercayai warga Thailand turut ditahan ketika bersama Sajat di sebuah kondominium mewah di Bangkok.

Usahawan kosmetik berusia 36 tahun itu ditahan pihak berkuasa Thailand selepas menerima maklumat dari pihak berkuasa Malaysia. Menurut satu sumber memetik laporan Astro Awani, pihak imegresen Thailand telah mengesan lokasi persembunyian Sajat pada 4 Jun lalu.

“Pada 8 September jam 6 petang waktu tempatan, serbuan dilakukan di lokasi tersebut selepas risikan dan intipan.

“Nur Sajat akhirnya ditahan dan semakan imegresen mengesahkan dia adalah individu yang dicari pihak berkuasa Malaysia,” kata sumber itu kepada Astro Awani.

Tambahnya, pasport Sajat telah dibatalkan kerajaan Malaysia dan dia ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen di negara tersebut.

Nur Sajat didakwa di mahkamah Thailand atas kesalahan berkenaan pada 9 September. Namun dia bebas keesokan harinya setelah dijamin seorang warga tempatan dengan wang jaminan ASAS$2,000 (sekitar RM8,343).

Menurut sumber, individu yang menjamin Sajat adalah salah seorang kenalannya dikenali sebagai Misha. Individu tersebut dilaporkan terbang ke negara gajah putih itu atas urusan jaminan usahawan kosmetik tersebut.

Nur Sajat walaubagaimanapun diarahkan untuk hadir ke pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari walaupun telah dibebaskan secara ikat jamin.

Menurut laporan Astro Awani, pihak berkuasa Malaysia sedang melakukan rundingan dengan kerajaan Thailand untuk membawa pulang Nur Sajat ke tanah air.

Namun rundingan tersebut dikatakan agak sukar kerana campur tangan pihak antarabangsa dan pertubuhan tertentu yang menghalang pembawaan pulang usahawan kosmetik tersebut.

Sumber: Astro Awani

Eyla Azri