Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

TERKINI: 14,345 Kes Positif COVID-19 Dilaporkan, Sarawak Catat Lebih 3 Ribu Kes

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa, sebanyak 14,345 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini.

Jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat jam 12 tengah hari tadi bertambah kepada 2,112,175 kes.

Sarawak masih mencatatkan kes harian tertinggi dengan jumlah 3,611 kes, sementara Wilayah Persekutuan Labuan tidak mencatatkan sebarang kes sejak semalam.

Bagi pecahan kes setiap negeri, enam negeri merekodkan angka positif melebihi seribu kes. Negeri-negeri tersebut termasuk Johor (1,598 kes), Selangor (1,365 kes), Sabah (1,255 kes), Pulau Pinang (1,170 kes), Kelantan (1,050 kes) dan Perak (1,090 kes).

Turut merekodkan jumlah kes positif harian terendah adalah Perlis dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, masing-masing dengan catatan 51 dan 11 kes.

Sumber: DG Hisham

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.