Siakap Keli
Gambar: Lionsgate & B4

Ingatkan Lawan Betul-Betul Atas Jalan Raya, Rupanya Ni ‘Behind The Scene’ John Wick 3 Lawan Atas Motor

Mesti ramai yang dah pernah tonton siri filem aksi John Wick kan? Bermula dari sekuel pertama ‘John Wick’ pada tahun 2014 hingga sekuel terbaru ‘John Wick: Chapter 3 – Parabellum’, aksi-aksi yang disajikan semua bikin mata para penonton terpaku.

Bercakap tentang sekuel terbaru John Wick 3, filem keluaran 2019 arahan Chad Stahelski ini tak kurang keseruannya. Salah satu babak dalam John Wick 3 yang melekat dalam kepala ialah aksi John Wick dikejar sekumpulan lelaki bermotorsikal dan bersenjata di Jambatan Verranzo, New York.

Walaupun nampak macam pertarungan tu betul-betul berlaku di jambatan tersebut, tapi sebenarnya scene ni hanya dirakam dalam studio je. Set rakaman scene Jambatan Verranzo tersebut hanya berlatarkan green screen semata-mata, bukan di jambatan itu sendiri.

Malah motor yang dinaiki John Wick dan lawannya dalam scene tersebut ditolak dan digerakkan oleh krew-krew produksi. Proses rakaman babak ini turut dimuatnaik di laman TikTok Lionsgate dan mendapat 31.9 juta tontonan setakat ini.

@lionsgate

I’m the green guy pushing the motorcycle. #johnwick #keanureeves

♬ original sound – Lionsgate

Agak-agak apa pula aksi mencengangkan dalam John Wick 4 nanti ya?

Sumber: Lionsgate, Befores & Afters (B4)

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.