Siakap Keli
Gambar: AmirudinShari.com

“Komunikasi Terakhir Dengan Abah Jam 1:27pm Tadi..,” Bapa MB Selangor Meninggal Dunia

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari iaitu Shari Mokhsin menerusi laman Twitternya memaklumkan bahawa insan bergelar abah meninggal dunia pada jam 5.30 petang tadi.

Amirudin memaklumkan berita duka sedemikian menerusi satu ciapan ringkas di Twitternya sebentar tadi.

“Komunikasi terakhir dengan abah jam 1.27 pm tadi melalui WhatsApp, jam 5.30 pm dapat berita abah meninggal dunia.

“Sejak kanak-kanak selalu saya terfikir, bagaimana harus saya lalui bila orang yang hampir dan rapat meninggal dunia, terimalah takdir bahawa mati itu pasti bagi yang hidup,” katanya dalam ciapan tersebut.

Sumber: Twitter Amirudin Shari / AmirudinShari.com, Bernama

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.