Siakap Keli
Gambar: KSL News Radio & Tuan Fahmi Ramli

Suami Mengaku Bujang Dikira Lafaz Cerai? Ini Penjelasan Peguam Dan Apa Isteri Perlu Buat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Penceraian adalah satu mimpi ngeri untuk setiap pasangan suami isteri. Sebagai seorang manusia, sudah pasti kita ingin hidup bahagia dengan pasangan masing-masing.

Pun begitu, jodoh dan pertemuan adalah rahsia Tuhan. Ikatan suci yang sudah dijalinkan boleh jadi terputus di tengah jalan atas sebab-sebab tertentu. Pada pemahaman kita, jatuhnya talak adalah apabila sang suami melafazkan perkataan cerai kepada isteri.

Malah menurut Mufti Wilayah Persekutuan, salah satu rukun daripada rukun-rukun talak ialah sighah, yakni bentuk ucapan talak itu. Jika tiada sighah talak maka tidak jatuhlah suatu talak.

Sighah terbahagi kepada dua iaitu:

Sighah Sarih

Sighah sarih bermaksud bentuk ucapan talak yang jelas dan tidak menanggung maksud lain selain talak. Ini seperti perkataan talak, cerai, berpisah.

Kalimah-kalimah ini jika disebut tidak memerlukan kepada niat untuk menjatuhkan talak. Sekalipun jika seseorang menafikan selepas itu: “Aku tidak berniat talak.” Maka tetap tidak diterima penafian itu.

Sighah Kinayah

Kinayah bermaksud kiasan. Kalimah kiasan memiliki banyak maksud dalam suatu masa. Justeru, ia memerlukan niat cerai sewaktu dilafazkan perkataan kinayah itu.

Jika tidak wujud niat talak sepanjang lafaz kinayah itu disebutkan, maka tidak jatuh talak. Contohnya seperti si suami berkata kepada isterinya: “engkau telah kosong,” “engkau bebas,” “baliklah ke rumah ibu bapamu,” dan “engkau telah halal.”

Bercakap tentang satu situasi jatuh talak yang mungkin ramai tak sangka wujud, peguam syarie ini melalui laman TikToknya tampil berkongsi pandangan.

Dalam video tersebut, peguam syarie yang dikenali sebagai Tuan Fahmi Ramli menjawab persoalan sekiranya talak akan jatuh jika suami mengaku bujang. Dalam erti kata lain, suami tersebut mengaku sang isteri bukan isterinya.

Nak tahu lebih lanjut, tonton video penuh di bawah.

@tuanfahmiramli

Reply to @sibunga_daisy #peguamsyarie #fyp #foryoupage #fypシ #suami #isteri #bujang #cerai

♬ original sound – Fahmi Ramli – Fahmi Ramli

Sumber: Mufti WP, Tuan Fahmi Ramli

Eyla Azri