Siakap Keli

(Video) “Selak Cari Gigi Dia…”, Ramai Tertanya-tanya, Wanita Kongsi Cara Siang Udang Galah

Sebut sahaja pasal udang, pasti akan mula terbayang keenakannya apabila sudah dimasak. Lagi-lagi kalau buat masak lemak cili api, memang tak cukuplah nasi sepinggan.

Tapi sebelum masak tu, udang tersebut perlulah disiang dan dibersihkan dengan betul terutama bila masak udang galah yang bersaiz besar.

Bagi yang tak biasa, memang agak susah juga sebenarnya nak siang udang galah ni sebab ia mempunyai penyepit yang keras dan panjang.

Pun begitu, korang mungkin boleh belajar cara menyiang udang galah melalui perkongsian Meera Sharma di TikTok.

Menerusi video yang dimuatnaiknya, dia menunjukkan step menyiang udang tersebut dengan menggunakan gunting dan pisau.

Jom tengok celoteh Meera di bawah ini.

@505_meera

Demo cara siang UDANG GALAH ni ada Nk masuk #fypシ hempa agk2🤔 #udanggalah #udanggalahsepitbiru

♬ LDR – ✴️𝕬𝖗𝖎𝖘_𝕴𝖗𝖊𝖓𝖌〽️

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 348,000  tontonan di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, ramai rupanya yang baru tahu cara untuk menyiang udang galah tersebut.

Sumber: Meera Sharma

Sofea

There's always another side to every story