Siakap Keli

Astro Bagi Percuma Siaran Penuh ‘Movie’ Pecah Panggung & ‘Astro 25 Concert’, Boleh Layan Seisi Keluarga

Kalau nak cakap tentang aktiviti menonton filem atau drama, rakyat Malaysia lah antara golongan yang sangat gemar dengan aktiviti ini. Tidak kiralah tayangan tersebut genre apa, sama ada seram, aksi, romantik ataupun komedi, pastinya akan mendapat sambutan, terutamanya bagi mengisi masa lapang di rumah.

Begitu juga bagi yang mempunyai Astro di rumah, pelbagai rancangan menarik yang disajikan untuk tontonan seisi keluarga. Di samping dapat menonton pelbagai drama dan filem bersama, ianya sekaligus dapat memanfaatkan masa terluang bersama ahli keluarga. Namun begitu, korang tahu tak yang sebenarnya korang boleh layan movie yang menarik kat Astro secara percuma sahaja.

Apa yang lagi menarik, movie tersebut juga merupakan antara filem pecah panggung yang ditayangkan di Astro. Seperti yang dikatakan bahawa korang boleh menonton secara percuma, korang juga tak perlu untuk melanggan apa-apa pakej untuk mendapatkan siaran ini. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan daripada artis antarabangsa dan tempatan yang bakal berkongsi ‘pentas’ nanti melalui cara ini.

Astro 25 di saluran 100

Kalau korang nak tahu, Astro ada menyediakan Astro 25 buat pelanggannya yang boleh ditonton menerusi saluran 100. Jadi, mudah sahaja, korang hanya perlu mengambil alat kawalan jauh Astro anda, dan menukar ke saluran 100 untuk menikmati pelbagai rancangan yang menarik. Lebih 150 rancangan yang korang boleh layan kat sini dan boleh diakses pada bila-bila masa sama ada drama, movie pecah panggung ataupun rancangan realiti yang sangat menarik.

Siaran ini juga boleh diakses sehingga 3 Oktober sama ada di Astro TV, On Demand dan juga Astro GO. Jadi, tak jadi masalah sekiranya korang jarang berada di rumah untuk menonton televisyen. Layan drama dan filem kat telefon pun boleh guna Astro GO.

Astro 25 Concert

Selain daripada drama, filem pecah panggung, dan program realiti, korang juga boleh menikmati Astro 25 Concert yang akan disiarkan pada 25 September ini. Antara yang menariknya, ramai artis tempatan dan juga antarabangsa yang akan menghiburkan anda pada malam tersebut.

Antara artis-artis yang bakal menghiburkan pada malam 25 September nanti adalah Kim Jong Kook, Jason Mraz, Bazzi, Anuar Zain, Dewa 19, Ella, Datuk Hattan, Aina Abdul, Syamel, Ernie Zakri, MK K-Clique, Naqiu , Sarah Suhairi, TOMORROW X TOGETHER, Slam, Misha Omar, Dayang Nurfaizah, Mirror, Ruco Chan, Erra Fazira, Mugen Rao, Hael Husaini, Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Haqiem Rusli, Han Byul, Harith Iskander, TUJULOCA, Azharina, Zee Avi, Yonnyboii, Santesh dan ramai lagi artis kegemaran anda.

Rugilah kalau lepaskan peluang ni sebab ramai artis-artis hebat tempatan dan antarabangsa yang bakal berkongsi ‘pentas’ tepat jam 9 malam pada tarikh berkenaan.

Lebih 150 rancangan menarik termasuk dokumentari istimewa dan filem pecah panggung

Seperti yang dikatakan sebelum ini, terdapat lebih 150 rancangan menarik termasuklah drama dan filem pecah panggung seperti Ola Bola, The Journey, Paskal, Polis Evo dan Hantu Kak Limah yang korang boleh layan di Astro 25 sehingga 3 Oktober itu.

Korang juga boleh menikmati dua dokumentari istimewa Tanah Tumpahnya Darah Kita dan We Are No Different menerusi On Demand, yang berkisarkan tentang keindahan dan keharmonian kita hidup bersama sebagai rakyat Malaysia – dari seawal kisah sejarah bagaimana bekas perajurit kita berkorban untuk mempertahankan negara tanpa mengira bangsa, agama, bahasa dan budaya sehinggalah kepada kisah bagaimana ada di kalangan rakyat Malaysia yang mengambil dan membesarkan anak angkat tanpa membataskan bangsa masing-masing.

Antara lain yang bakal disajikan kepada anda menerusi saluran ini adalah seperti berikut:

  •  Detik Gemilang Sukan Negara (24 September, 9 malam)
  • Jagoan Sukan Negara (24 September, 9.30 malam)

Tapi ingat ye, sebenarnya banyak lagi movie dan rancangan menarik yang boleh layan dalam  saluran ini, cubalah korang tukar ke saluran 100 tersebut. Pasti teruja sehingga tak tahu bila nak berhenti layan pada channel ni.

Jangan lepaskan peluang terhidang

Dah tahu kan macam mana korang nak layan drama-drama best, filem-filem pecah panggung dan juga rancangan realiti menarik? Mudah sahaja, sememangnya sudah terhidang buat anda semua. Cuma perlu ambil remote Astro dan tukar ke siaran 100. Lebih menarik, tidak perlu buat apa-apa langganan pakej, terus boleh layan percuma di Astro.

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Astro 25 di saluran 100, korang boleh layari Laman Web Astro ataupun terus ke laman Facebook rasmi Astro.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa