Siakap Keli
Gambar: Google & Azmil Zulkifli

Majikan Tak Boleh Paksa Pekerja Letak Jawatan, Ini 5 Perkara Korang Kena Buat Jika Dipaksa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam keadaan pandemik yang melanda negara sejak tahun lalu, banyak kita dengar cerita pilu individu-individu yang diberhentikan kerja oleh majikan.

Diberhentikan kerja dan kehilangan satu-satunya punca pendapatan sudah pasti memberi tekanan dari segi emosi dan kewangan seseorang. Tambahan pula dalam keadaan ekonomi negara seperti sekarang, mencari kerja baru bukanlah mudah.

Memang kesian bila dengar ada golongan yang diberhentikan kerja tanpa alasan pasti dalam waktu seperti ini. Seolah-olah kebajikan mereka tak terbela bila majikan senang-senang je buang pekerja-pekerja ni.

Kalau korang nak tahu, majikan sebenarnya tak boleh paksa kita berhenti kerja sewenang-wenangnya dan ianya salah disisi undang-undang yang termaktub di Malaysia.

Menurut Seksyen 20(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967, jika sesorang pekerja dipecat tanpa alasan munasabah oleh majikan, pekerja boleh membuat representasi bertulis kepada Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM).

Undang-undang ini tertakluk kepada golongan pekerja tidak kira sama ada seorang ahli kesatuan sekerja atau selainnya. Sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya korang menghadapi situasi begini, abang dari jabatan sumber manusia ni kongsi lima perkara yang korang boleh buat kalau dipaksa letak jawatan oleh majikan.

Lima benda yang korang boleh buat kalau dipaksa resign adalah:

1. Dokumenkan bukti seperti chat WhatsApp, memo dan perbincangan dengan majikan

2. Hantar surat resign dan letak ‘Under Protest’ sebelah tandatangan

3. Buat laporan polis

4. Buat aduan pada JPPM dalam masa 60 hari

5. Hadir ke sesi rundingan atau perbicaraan di mahkamah JPPM

@kerjajer

Dipaksa letak jawatan? Ini apa yang anda boleh lakukan #kerjajer #tipskerja

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Semoga urusan korang dipermudahkan!

Sumber: JPPM, Azmil Zulkifli

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.