Siakap Keli
Gambar: Bomba/Bernama

TERKINI: Mayat Mangsa Lemas Di Sungai Balak, Batang Kali Ditemui Pada Jam 9.55 Malam Ini – Bomba Selangor

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) — Mayat mangsa lemas di Sungai Balak, Batang Kali di Hulu Selangor ditemukan kira-kira 50 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata mayat Sunny Dell Ashraff Sa’ari, 23, dijumpai pasukan pencari pada kedalaman 2.4 meter (8 kaki) pada 9.55 malam ini.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tujuan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, lelaki itu dilaporkan lemas ketika mandi-manda bersama empat rakannya di sungai berkenaan.

Sumber: Twitter Bernama 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'