Siakap Keli
Gambar: Wan Luqman

Tular Resipi Maggi Goreng Hingga 19k Perkongsian, Campuran Sos & Bahan Ini Jadi ‘Kuncinya’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebut saja Maggi goreng, pasti terbayang dalam kepala kita keenakan mi segera yang digoreng tumis bersama perencah kari, kicap dan sos kan?

Boleh dikatakan hampir semua kedai makan pasti ada menu ini. Maggi goreng semestinya pilihan utama rakyat Malaysia.

Oleh itu, apa kata kita cuba resipi masak Maggi goreng yang viral sampai raih 19,000 ‘share’ di Facebook baru-baru ini?

Jom ikuti resipinya seperti yang dikongsi oleh Wan Luqman di bawah ini. Selamat mencuba!

Resipi megi goreng tersedap!

Pagi tadi isteri dah request dinner nak megi goreng tapi rasa yang sedap macam nasi goreng semalam. Haha

Pernah tak bila pergi restoran mamak, mapley tu akan tanya “Megi goreng malayu ka mamak?”. Haha

Kalau mamak, mamaklah yang menggoreng. Kalau Melayu, dia handover order tu kat abe tomyam yang duduk kat hujung corner kedai.

Dapat yang betul-betul sedap, memang sedap tau. Paling spoil kalau megi goreng tu pucat. Aduhai.

Ok, resipi ni juga diguna pakai untuk buat nasi goreng yang macam semalam kander masak tu tau.

#kandermasak #megigorengkander

Cara masak ikut turutan gambar

Mula-mula goreng telur dulu.

Gambar: Wan Luqman

Ouch dapnya!

Gambar: Wan Luqman

Pastikan air betul-betul mendidih baru masukkan mi megi. Isteri dah request nak 2 bungkus! Haha. Kalau tak habis dia nak buat breakfast besok tapi kander yakin pasti beliau akan habiskan jugak malam ni. Hehe.

Gambar: Wan Luqman

Megi yang telah direbus. Ingat jangan lembik ye. Biarkan dia keras-keras springy macam ni. Kander allergik megi lembik! Hahah.

Gambar: Wan Luqman

Tumis cili padi dan bawang putih sekejap.

Gambar: Wan Luqman

Masukkan udang atau ayam atau rencah pilihan anda.

Gambar: Wan Luqman

Pecahkan sebiji telur kemudian kacau-kacau dan rendahkan api ke paling kecik. Rest time sekejap sementara nak ambik megi dan prepare sos dia.

Gambar: Wan Luqman

Masukkan megi yang telah direbus.

Masukkan 1 sudu sos tiram.

Gambar: Wan Loqman

Masukkan 1 sudu nampla (sos ikan).

Gambar: Wan Loqman

1 sudu sos cili.

Gambar: Wan Luqman

½ sudu air limau. Kalau takde, boleh masukkan tomato suku biji.

Gambar: Wan Loqman

Namprik pes. Namprik pes ni adalah cili pes untuk buat tomyam tu.

Gambar: Wan Loqman

Sedikit gula.

Gambar: Wan Loqman

Masukkan kicap karamel / kicap pekat kemudian masukkan kailan. Terpulanglah nak letak sawi ke kobis ke carrot ke tapi kander punya favourite mesti kailan.

Gambar: Wan Loqman

Close up sikit. Dah siap. Kalau buat untuk anak, jangan masukkan cili padi. Confirmed hari-hari nak hehe.

Gambar: Wan Loqman

Hiaskan daun bawang dan bawang goreng. Kalau dinda-dinda semua nak buat megi goreng mamak, hanya tambah sambal tumis (macam sambal nasi lemak), buang nampla, buang air limau ganti dengan hirisan tomato, kailan tu ganti sawi, letak taugeh dan cekodok dia, kemudian masukkan perencah megi kari, telur 2 biji. Jadi ya.

Gambar: Wan Loqman

Sebagai seorang yang bertanggungjawab memasak, wajiblah aku rasmi kan dulu haha.

Gambar: Wan Luqman

Ni namprik. Pes utk tomyam. Bersepah dijual kat supermarket. Ade tin kecik, botol kaca kecik pun ada. Dia tulis chilli in oil for tomyam. Nama siam dia namprik.

Namprik ni kire macam umpama “cili boh” lah kalau kita ni kat malaysia. Tapi kita cili boh kosong bodo macam tu je. Diorang punya cili pes ni macam-macam kandungan.

Nanti kander share resepi namprik ni. Eh rasa 2 tahun lepas pernah share dah chili paste for tomyam /namprik ni kan? Ade yang ingat tak?

Gambar: Wan Luqman

Sumber: Wan Luqman

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.