Siakap Keli
Kredit: Google

Wanita Dakwa Pelajar Di Sekolah Anak Gadisnya Diminta ‘Tahan Haid’ Ketika Waktu Kelas

Para pelajar di sebuah sekolah menengah diminta untuk menahan darah haid mereka ketika waktu pengajaran, dakwa seorang wanita seperti yang dilapor Mirror.uk.

Menurut portal itu, seorang wanita yang merupakan ibu kepada salah seorang pelajar mendakwa para pelajar di sekolah tersebut perlu menunjukkan surat doktor jika ingin menggunakan tandas ketika waktu pengajaran.

Selain itu, pintu tandas di sekolah berkenaan turut dicabut.

“Anak saya cakap, mereka tidak selesa menggunakan tandas. Katanya, ia bukan lagi seperti sekolah, tetapi seperti penjara.”

Bagaimanapun, pengetua sekolah mendakwa kawasan yang terlihat hanyalah pintu tandas dan kawasan membasuh tangan.

Jelasnya, pelajar digalakkan menggunakan tandas ketika waktu rehat manakala mereka yang mempunyai masalah kesihatan perlu menggunakan kad kebenaran jika ingin ke tandas semasa waktu pembelajaran.

Sumber: Mirror.uk

Amira

Love yourself.