Air Selangor menerusi hebahan di laman Twitter memaklumkan bahawa terdapat gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka akan berlaku bagi enam kawasan di Shah Alam. Menurut Air Selangor, gangguan berpunca daripada kejadian paip pecah di Persiaran Perusahaan, Seksyen 23, Shah Alam.
Kawasan yang dijangka terlibat adalah seperti berikut:
- Seksyen 18
- Seksyen 19
- Seksyen 20
- Seksyen 23
- Seksyen 24
- Seksyen 25
Justeru, kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan dan dijangka siap sepenuhnya pada 6 pagi esok.
“Bekalan air akan disalurkan setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah hari, 24 September 2021,” tulis kenyataan tersebut.
Untuk sebarang maklumat lanjut terkini, pengguna boleh ikuti platform rasmi Air Selangor di Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi talian 15300 untuk pertanyaan atau aduan. Pengguna juga boleh menghubungi Help Centre Air Selangor di laman http://airselangor.com atau aplikasi mereka.
Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Seksyen 18
2. Seksyen 19
3. Seksyen 20
4. Seksyen 23
5. Seksyen 24
6. Seksyen 25— Air Selangor (@air_selangor) September 23, 2021
Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300. Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web https://t.co/dRHh3cWCRK dan apps.
— Air Selangor (@air_selangor) September 23, 2021
Sumber: Air Selangor