Siakap Keli
Gambar via Google

Ini 10 Filem ‘Permainan Maut’ Sama ‘Genre’ Dengan Squid Game Yang Korang Boleh Tonton

Kalau korang tergolong dalam kalangan kaki wayang, mesti korang pernah tonton pelbagai genre filem bertemakan ‘permainan maut’.

Filem dengan tema ini seringkali memaparkan aksi watak-watak bertahan hidup, memecahkan teka-teki, bahkan saling berbunuhan.

Tak kurang juga diselitkan unsur suspens yang tak henti-henti buat jantung berdebar. Filem bertemakan ‘permainan maut’ ni selalunya datang dengan plot twist yang bikin penonton tercengang di penghujungnya.

Tema filem sebegini mungkin tak sesuai untuk korang yang cepat ‘kecut’. Tapi kalau korang jiwa kental, ini 10 filem ‘permainan maut’ yang korang patut tengok menurut ScreenRant.

1. Battle Royale

Sumber: ScreenRant

Battle Royale merupakan filem Jepun yang diangkat berdasarkan novel bertajuk sama. Filem ini mengisahkan 42 orang pelajar sekolah yang terperangkap di sebuah pulau dengan kolar yang dipasangkan di leher masing-masing.

Untuk keluar dari pulau ni, mereka kena ikut arahan yang diberikan atau kolar tersebut akan meletup. Tapi yang bikin cuak, arahan tersebut adalah mereka kena menghabiskan nyawa satu sama lain.

2. The Condemned

Sumber: ScreenRant

Masih berlatarkan pulau terpencil, The Condemned mengisahkan seorang banduan hukuman mati yang ‘dibeli’ penerbit TV dan dihantar ke pualu bersama sembilan yang lain.

Tujuan mereka didamparkan di pulau tersebut tak lain tak bukan untuk mempermainkan permainan maut untuk mengetahui siapa yang akan bertahan hidup sehingga ke akhir.

‘Permainan’ yang meletakkan nyawa sebagai taruhan ini siap disiarkan di televisyen.

3. Ready Or Not

Sumber: ScreenRant

Kalau korang peminat filem ‘permainan maut’, filem Ready Or Not ni memang korang wajib tengok.

Uniknya filem ni, Ready Or Not mengisahkan seorang pengantin perempuan yang terpaksa bermain permainan dengan keluarga mertua di malam pertamanya berkahwin.

Permainan sorok-sorok mungkin kedengaran tak mencabar. Tapi macam mana pula kalau kena menyorok dari keluarga suami yang mencari dengan senjata di tangan?

4. The Belko Experiment

Sumber: ScreenRant

Setup dalam The Belko Experiment ni mungkin tak seseram pulau terpencil, hanya berlatarkan pejabat semata-mata.

Tapi korang pernah tak terbayang, terperangkap di pejabat seharian dengan mayat rakan sekerja bergelimpangan di mana-mana?

Pekerja-pekerja yang terperangkap ni diarahkan untuk membunuh dua orang pekerja lain setiap 30 minit. Apa akan jadi kalau mereka tak berjaya ikut arahan? Kalau nak tahu, korang kena tengok sendiri filem ni sampai habis.

5. The Purge

Sumber: ScreenRant

Bukan sahaja memaparkan ‘permainan maut’, The Purge adalah ‘festival pembunuhan’ yang ‘disambut’ oleh seluruh negara setiap tahunnya.

Bila ‘acara tahunan’ ni bermula, semua penduduk di negara ini boleh menghabiskan nyawa satu sama lain selama 12 jam tanpa dikenakan sebarang hukuman.

6. Death Race 2000

Seperti nama filem ni sendiri, Death Race 2000 berkisarkan perlumbaan maut yang berlatar masa pada tahun 2000.

Filem yang ditayangkan pada tahun 1975 ni dibintangi oleh Sylvester Stallone. Walaupun filem ni filem lama, tapi korang pasti ke taknak tengok pakcik Rambo jadi Toretto dalam perlumbaan maut ni?

7. Rollerball

Sumber: ScreenRant

Rollerball merupakan filem bergenre sains fiksyen yang turut mengetengahkan elemen sukan melalui sebuah sukan yang dipanggil rollerball

Dalam permainan ni, pemain perlu memainkan permainan bola besi sambil memakai kasut roda dan berpaut pada motorsikal yang bergerak di dalam trek.

Tapi permainan ni sangat brutal sampai kebanyakan ahli pasukan cedera parah.

8. Siri The Hunger Games

Sumber: ScreenRant

Filem bersiri The Hunger Games lakonan Jennifer Lawrence ini mengisahkan 24 wakil dari setiap daerah yang bertaruh nyawa dalam satu acara tahunan yang dipanggil Hunger Games.

Wakil-wakil yang kebanyakannya terdiri dari kanak-kanak ni perlu membunuh satu sama lain untuk kekal hidup hingga akhir permainan dan dinobatkan juara.

9. Enter The Dragon

Sumber: ScreenRant

Filem pecah panggung lakonan Bruce Lee ni mengisahkan seorang ahli bela diri dari Hong Kong yang didatangi agen risikan British untuk membantu menumpaskan sindiket dadah dan pelacuran di sebuah pulau.

Kedua mereka perlu menyusup masuk ke pulau yang dimiliki kepala sindiket yang dikenali sebagai Han.

Mampukah mereka keluar dari pulau ni dengan selamat?

10. The Running Man

Sumber: ScreenRant

The Running Man mengisahkan tahanan penjara yang perlu berjuang bertahan hidup dalam satu permainan yang disiarkan di kaca televisyen.

Tahanan yang berjaya bertahan dari serangan hingga ke akhir permainan akan menerima pengampunan negara atas kesalahan mereka dan bebas dari penjara.

Bagi korang yang dah habis tengok semua episod Squid Game tu boleh la cuba tonton filem-filem ni. Tapi kat mana nak tengok, korang pandai-pandai cari sendiri ya.

Selamat menonton!

Sumber: Screenrant

Eyla Azri