Siakap Keli

“InsyaAllah, Sasaran 90% Ini Dijangka Dapat Dicapai Dalam Masa 2-3 Minggu Sahaja Lagi” – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi laman Twitter miliknya menjangkakan bahawa sasaran 90 peratus dewasa lengkap divaksin akan dicapai tidak lama lagi.

Sasaran tersebut adalah berkisar mengenai keputusan kerajaan untuk memberi kebenaran rentas negeri serta pembukaan semula pusat pelancongan.

Menerusi ciapan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemikl COVID-19 bersetuju untuk memberi kebenaran rentas negeri dan pembukaan semula pusat pelancongan apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90% populasi dewasa.

“Saya percaya, ramai yang sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung berjumpa dengan keluarga setelah sekian lama.

InsyaAllah, sasaran 90 peratus ini dijangka dapat dicapai dalam masa dua ke tiga minggu sahaja lagi,” katanya di Twitter hari ini.

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'