Mesti ramai di antara kita yang duduk di rumah bertingkat macam flat atau kondominium kan. Kebanyakan individu terutamanya di bandar-bendar besar lebih memilih apartment sebab lebih murah nak dibandingkan rumah landed.
Bila kat rumah-rumah yang macam ni, hak pemilikan dia lain sikit dengan rumah landed. Pemilik rumah berkongsi sebuah bangunan dengan pemilik-pemilik lain mereka diberikan hakmilik strata.
Hakmilik strata adalah dokumen hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit bagi sebuah bangunan bertingkat. Contoh rumah strata ni macam kondominium, flat, townhouse, rumah kedai atau bangunan-bangunan yang dibina dua tingkat atau lebih.
Pemilikan strata ni merupakan pemilikan sebahagian daripada bangunan yang dikongsi. Jadi semua pemilik rumah strata perlu menyelenggara bangunan tersebut bersama pemilik-pemilik lain.
Macam yang kita tahu, di rumah jenis apartment ni selalunya kalau berlaku kebakaran, rumah-rumah lain akan turut tertular sama. Maka kita mestilah kena bersedia dengan segala kemungkinan sebab malang ni tak berbau.
Jadi ramailah yang memilih untuk ambil pakej insurans kebakaran, takut-takut terjadi kebakaran di kediaman mereka. Kalau korang duduk rumah jenis landed, mungkin tepat pilihan korang untuk ambil insurans kebakaran ni.
Tapi bagi penghuni rumah strata, korang tak sepatutnya ambil insurans kebakaran yang selalunya ditawarkan pihak bank. Nak tahu kenapa, ikuti perkongsian pengguna TikTok @financialfaiz ni.
@financialfaiz Reply to @amirmaniss Rumah STRATA perlu Fire Insurance? #fypシ #fyp #tiktokguru #tiktokguru_malaysia #finance #kewangan #financialfaiz
Sumber: TikTok @financialfaiz