Siakap Keli
Gambar: Zalilah Abd Jalil

Lebih 34k ‘Share’, Wanita Kongsi Resipi Lengkap Nasi Ayam Penyet Yang Korang Boleh Cuba

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hidangan nasi ayam penyet memang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Nasi putih dan ayam goreng panas dinikmati bersama sambal yang pedas memang menjadi pilihan ramai.

Namun, ketika waktu ini agak membimbangkan untuk kita menikmati hidangan ini di kedai. Apa kata kali ini kita cuba memasak hidangan ini sendiri di rumah.

Bukankah lebih jimat dan berpuas hati dengan masakan sendiri? Manakan tidak, kita boleh ‘adjust’ mengikut cita rasa kita sendiri dan juga ahli keluarga kita.

Tetapi, ada yang berpendapat bahawa untuk memasak hidangan ini sangat leceh. Sebenarnya cara penyediaannya tidaklah begitu rumit.

Oleh itu, ikuti perkongsian oleh Zalilah Abd Jalil di group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) mengenai resepi nasi ayam penyet bersama kriuk kriuk tepung yang ditabur di atas ayam goreng.

Untuk peminat nasi ayam penyet, boleh cuba salah satu resipi versi sebegini.

Kredit to Cik Nom empunya resipi asal.  #pkp3.0 #nasiayampenyet

Gambar: Zalilah Abd Jalil

Cara-cara membuat nasi ayam penyet

1. Seekor ayam dibelah 4

2. Rebus seketika bersama 4 ulas bawang putih, 1 inci halia, 3 helai dau day, 1 kiub pati ayam

3. Angkat dan toskan ayam

4. Asingkan sedikit sup ayam untuk buat adunan tepung goreng ayam

Lebihan sup/air rebusan ayam:

Gambar: Zalilah Abd Jalil

Bahan:

1. 1 sudu kecil serbuk ketumbar, 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis, 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih

2. Sup bunjut dan daun sup

Caranya: Reneh dan tutup periuk

Perapan Ayam:

Gambar: Zalilah Abd Jalil

Bahan:

1. 5 ulas bawang putih, 1 1/2 inci halia

2. 1 sudu besar serbuk ketumbar, 1 sudu kecil serbuk jintan manis dan 1 sudu kecil serbuk jintan putih

3. 1 sudu kecil rempah kari ayam, 1 sudu kecil serbuk kunyit dan garam

Caranya: perap selama 1-2 jam

Sambal Merah:

Caranya:

1. Goreng segenggam ikan bilis

2. Goreng bawang besar dan cili padi

3. Goreng 4 biji tomato

4. Goreng cili merah

5. Kisar bahan goreng menggunakan chopper atau tumbuk guna lesung

6. Asingkan separuh bahan yang dikisar

7. Goreng semula separuh daripada bahan yang dikisar untuk dijadikan sambal

8. Letakkan gula, garam dan perisa secukup rasa

9. Tambah perahan limau nipis

Kicap Pedas:

Gambar: Zalilah Abd Jalil

1. Separuh daripada bahan di atas tambahkan kicap manis ABC & sedikit kicap pekat

2. Kisar sehingga hancur

*jika mahukan warna lebih gelap, tambahkan kicap pekat

Adunan tepung goreng:

Gambar: Zalilah Abd Jalil

Bahan:

1. Tepung beras

2. Sebiji telur

3. Sedikit garam

4. Rempah lebihan perapan ayam

5. Air sup ayam

Caranya:

1. Campurkan bahan

2. Letak air sup ayam sedikit demi sedikit

3. Kacau rata sehingga tekstur serdehana cair

4. Gunakan adunan tepung untuk goreng tauhu, tempe, ayam perapan

5. Titiskan juga adunan menggunakan sudu di dalam minyak panas untuk dijadikan tepung kruk kruk.

Resepi ini mendapat perhatian warganet yang gemar nasi ayam penyet sehingga meraih 10 ribu tanda suka dan lebih 30 ribu perkongsian. Ramai yang sudah mencuba resepi menarik ini dan rata-rata warganet mengatakan ia sangat sedap dan terbaik.

Selamat mencuba

Untuk lebih mudah, anda boleh menonton video masakan resipi berkenaan di SINI.

Sumber: Facebook Zalilah Abd Jalil via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

" "