Siakap Keli

(Video) “Lama Sangat PdPR…”, Pelik Muka Surat Tak Sama, Rupanya Pelajar ‘Tersilap’ Buku & ‘Tertukar’ Guru Semasa “Online Class”

Sehingga kini, pelajar sekolah rendah dan menengah perlu menjalani sesi pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Tentunya banyak perbezaan yang dirasai oleh pelajar terutama apabila tidak dapat berinteraksi dengan guru mereka secara bersemuka. Namun, itu tidak mematahkan semangat mereka untuk menimba ilmu.

Dalam pada itu, pastinya ada pelbagai perkara yang tidak terjangka berlaku sepanjang sesi PdPR tersebut. Yang paling kerap sekali berlaku adalah apabila ada sesetengah pelajar yang terganggu dengan bunyi bising di sekeliling mereka.

Terbaru, tular satu video di TikTok mengenai gelagat seorang pelajar yang tertukar cikgu semasa sesi PdPR.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Cikgu_Syafi, pelajar itu keliru dengan kandungan buku yang tidak sama seperti diajar di dalam kelas itu.

Selepas menghantar kandungan buku itu kepada Cikgu Syafi, rupa-rupanya dia tersilap membuka buku Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

Situasi itu membuatkan Cikgu Syafi dan pelajar yang lain terhibur.

Rata-rata netizen yang membanjiri komen turut terhibur melihat gelagat pelajar itu.

Sumber: Cikgu_Syafi

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.