Siakap Keli
Gambar: Cabai Bird Green

(Video) Gelagat Oyen Patah Hati Dicurangi, Terpaksa Dipujuk Saat Menatap Sayu ‘Kekasih’ Bermesraan Diluar Tingkap

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti ramai diantara kita yang pernah melalui fasa patah hati disebabkan oleh putus cinta.

Perasaan patah hati tidak perlu digambarkan lagi kerana ianya benar-benar kecewa dan menyakitkan.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut boleh dianggap normal sekiranya ianya terjadi kepada manusia.

Namun begitu, lain pula ceritanya apabila video yang dikongsikan oleh satu akaun Facebook bernama Cabai Bird Green ini memaparkan rasa kecewa dan patah hati itu terjadi kepada haiwan peliharaannya.

Dalam video pertama yang dikongsikan, dapat dilihat bahawa kucingnya yang berwarna oren terpaksa menyaksikan dengan matanya sendiri melalui tingkap bahawa kekasihnya telah mencuranginya bersama dengan kucing lain.

Si Oyen tampak diam seribu bahasa ketika menyaksikan dengan mata dan kepalanya sendiri bahawa kekasihnya itu telah mengkhianati perasaannya.

Dapat didengari bahawa tuan Si Oyen cuba untuk menenangkannya. Namun dapat dilihat matanya tidak dapat berganjak daripada melihat kekasihnya sedang bermesraan.

Pada video yang kedua pula, Si Oyen yang bernama Leo itu tampak seakan betul-betul patah hati.

Leo kelihatan terbaring di dalam rumah sambil ditenangkan oleh tuannya.

Video yang melucukan itu lantas menjadi tular di media sosial Facebook. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 120 ribu kali.

 

 

Sumber: Cabai Bird Green

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.