Siakap Keli

Lagu Anak Malaysia Viral Lepas Jadi Juara Di Toronto, Kanada

Anak tempatan sekarang dari masa ke masa makin ramai yang telah mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan, sukan, hiburan dan banyak lagi. Pencapaian macam ni lah yang sangat membanggakan negara kita sendiri dan dapat juga membuktikan Malaysia ni sebagai salah satu negara yang boleh mencapai banyak kejayaan dan berdiri setanding dengan negara maju yang lain. Bangga betul jadi warga Malaysia.

Pencapaian anak Malaysia yang dapat kita saksikan sendiri sangat lah banyak seperti atlet kebangsaan kita yang dapat membawa pulang medal dan kemenangan dalam Olimpik dan Paralimpik baru-baru ni, pelajar Malaysia sendiri melayakkan diri untuk melanjutkan pengajian di Universiti antarabangsa yang berprestij dan ternama, artis Malaysia menempa nama di Times Square Billboard di New York dan sebagainya. Selain tu, baru-baru ni juga lagu Anak Malaysia telah viral lepas menjadi juara dalam sebuah pertandingan antarabangsa di Kanada. Lagu bertajuk ‘SIFAR’ telah memenangi pertandingan International Media Festival For Prevention.

Info Tentang Lagu ‘SIFAR’

Lagu ‘SIFAR’ ni sebenarnya ialah hasil terbitan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selepas berkerjasama dengan komposer muda yang sangat berbakat iaitu Asfan Shah, Lady D, Tripdisk serta rapper Kmy Kmo. Ia telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori Music is Key dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Toronto, Kanada. Lagu ni juga merupakan kemenangan kali ke-3 oleh PERKESO, yang pertama adalah ketika pertandingan ini dijalankan di Turki dengan mendapat tempat ketiga. Seterusnya, ketika pertandingan ini dijalankan di Jerman dengan mendapat tempat pertama.

Buat kali ni, saingan yang sengit bersama 289 penyertaan lain daripada 40 buah negara telah betul-betul membuktikan bakat yang anak Malaysia ni miliki. Target lagu ini sebenarnya adalah kepada kumpulan berisiko yang menggunakan jalan raya setiap hari ketika kerja, menguruskan hal penting dan sebagainya.

Kandungan lagu ‘SIFAR’ ini juga telah dihasilkan oleh semua pihak yang terlibat dengan bersungguh-sungguh supaya mesej yang hendak disampaikan dapat diterima oleh semua pihak sebaiknya. Lagu ini sangat menonjol apabila dibandingkan dengan lagu yang lain dalam kategori tersebut kerana lagu ni membawa identiti Malaysia yang sebenar di samping membwa tajuk dan nasihat yang concrete kepada pendengar. Sangat tak disangka yang semua pendengar antarabangsa dapat menghayati lagu dan mesej yang nak dibawa dalam lirik lagu ‘SIFAR’ ni.

Inspirasi Daripada Filem ‘Warkah’

Selain tu, lagu ni juga telah dijadikan sebagai Official Sound Track bagi filem ‘Warkah’ yang juga ialah hasil terbitan PERKESO pada tahun 2019. Ia sesuai dengan filem kerana lagu ni bergenre moden kontemporari. Bagi mereka yang tak perasan, lagu ini membawa mesej yang sangat positif iaitu meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia kita sendiri tentang betapa pentingya untuk medapatkan perlindungan keselamatan sosial, lagu ni juga ada bawa elemen nasihat untuk mencegah kemalangan dalam kalangan generasi muda. Lagu yang membawa mesej positif macam ni la perlu.

Disebabkan kemenangan yang dah dicapai dengan lagu ‘SIFAR’ ni, diharapkan bahawa filem ‘Warkah’ dan juga lagu ‘SIFAR’ ni dapat diluaskan lagi pengaruhnya di semua skrin televisyen dan juga corong-corong radio supaya lebih ramai lagi dapat memahami mesej tersurat dan tersirat yang ingin dibawa.

Mengikut perancangan, lagu ni juga akan digunakan untuk semua event PERKESO yang akan dijalankan selepas ini dan juga sebagai promosi untuk kempen keselamatan penggunaan jalan raya. Atas kemenangan lagu ni, hadiah yang mereka dapati adalah pengiktirafan daripada International Media Festival For Prevention, trofi dan juga sijil. Sesuatu yang sangat dibanggakan.

Antara cabaran yang artis hadapi untuk menyiapkan lagu ‘SIFAR’ ni adalah seperti genre musik yang mereka harus ikuti. Sebabnya, mereka jarang menghasilkan lagu dengan genre sebegini dan melihat hasilnya sekarang, mereka patut berasa sangat bangga dengan usaha mereka kerana ia sangat membuahkan hasil yang positif. Selain tu, mereka juga harus menumpukan semua fokus terhadap topik dan kandungan lagu. Kesemua artis mendapat banyak inspirasi daripada filem ‘Warkah’ sendiri kerana filem tersebut juga membawa mesej sama yang nak disampaikan.

Nor Fakhry