Siakap Keli
Gambar Via CNN Indonesia

Pengacara Popular Indonesia, Tukul Arwana Dikejarkan Ke Hospital, Alami Pendarahan Otak

Pengacara popular Indonesia, Tukul Arwana dilaporkan telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarahan otak.

Menurut Tribun News, perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Tukul, Ega Prayudi dan mengesahkan bahawa bapanya kini sedang diberikan rawatan di Rumah Sakit Pusat Otak Nasional, Cawang, Jakarta Timur.

Ega juga memohon orang ramai mendoakan agar bapanya segera sembuh.

“Betul, dia kini dirawat doktor. Mohon doakan ya, saya masih dalam perjalanan ke rumah sakit, nanti saya akan berikan khabar yang terkini,” katanya.

Dalam pada itu, pembantu rumah mengatakan bahawa Tukul telah mengalami sakit kepala sebelum dibawa ke hospital oleh anaknya, Novita Eka Afriana.

Bagaimanapun, keadaan pengacara itu dilaporkan sudah beransur baik namun masih perlu dipantau di hoospital.

Tukul yang juga seorang pelakon cukup popular dengan rancangan bual bicara seperti Bukan Empat Mata, Ini Talkshow dan Tukul Arwana One Man Show.

Sumber: Tribun News

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.