Siakap Keli

Tarikh Tayangan Siri Mechamato Pada 6 Disember Ini!

CYBERJAYA, 23 SEPTEMBER 2021 — Siri animasi Mechamato dari Monsta akan bermula tayangan perdananya pada 4 Disember ini di saluran antarabangsa Cartoon Network.

Bercakap di persidangan ‘Kre8tif! 2021 Virtual Conference’, Ketua Pegawai Kandungan Monsta, Anas Abdul Aziz mengumumkan tarikh rasmi siri Mechamato untuk Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan, Australia dan New Zealand adalah pada 4 Disember ini. Ia diikuti dengan tayangan di Korea Selatan pada 11 Disember dan di Jepun pada Mac 2022. Pelanggan saluran Cartoon Network akan disajikan dengan ‘sneak peek’ satu episod dari siri Mechamato pada 6 November, awal sebulan dari tarikh tayangan perdananya. 

Turut hadir di persidangan tersebut, Leslie Lee, Naib Presiden Kids Asia Pacific dari WarnerMedia Entertainment Networks berkata, “Kami amat gembira dengan setiap episod yang dihasilkan di dalam siri Mechamato. Ia adalah sebuah animasi yang memaparkan hubungan yang menarik diantara seorang budak dan sahabat robotnya. Kami berharap ramai kanak-kanak di serata dunia akan berasa teruja untuk melihat siri ini nanti.”

Karakter dari siri animasi Mechamato; Amato dan MechaBot turut menterjah persidangan tersebut petang tadi untuk mempersembahkan lagu rasmi mereka di dalam dua versi yang berbeza, versi Bahasa Inggeris yang dinyanyikan oleh Nil Cardoso dan direkod di Amerika Syarikat, serta versi Bahasa Malaysia yang dinyanyikan oleh Shah dari kumpulan Modescape. Video-video tersebut kini boleh ditonton di saluran rasmi Youtube Monsta Channel.

“Demi memasuki pasaran antarabangsa dan sekaligus menarik minat para penonton negara asing, siri animasi Mechamato bakal dialihkan suara ke 12 bahasa berbeza termasuklah bahasa Jepun dan Korea,” kata Ketua Jenama dan Jualan Antarabangsa, Monsta, Faiz Zainal Aabidin, mengenai hak distribusi eksklusif Mechamato yang kini dipegang oleh Jetpack Distribution untuk pemasaran antarabangsa.

Siti Fatimah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.