Pasti ramai diantara kita yang pernah berpengalaman terlupa password untuk log masuk ke sesuatu portal.
Manakan tidak, kadang-kala kata laluan yang digunakan semasa mendaftar sesuatu portal itu sudah terlalu lama atau pun boleh jadi jarang untuk menggunakan kata laluan berkenaan.
Disebabkan itu, kata laluan yang digunakan tersebut telah hilang dalam ingatan.
Namun begitu, jangan panik! Satu akaun TikTok yang bernama @mysumber ada berkongsikan berkenaan jalan penyelesaian mengenai mengenai perkara itu.
Perkara tersebut dapat diselesaikan sebenarnya. Seperti yang ditunjukkan dalam video itu adalah cara-cara bagi mendapatkan semula kata laluan untuk log masuk akaun Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda.
Bagi pengguna Android, anda boleh buka aplikasi Google Chrome anda dan cari titik tiga di bahagian atas kanan skrin anda.
Kemudian klik pada passwords. Sesudah dari itu, anda boleh akses dan cari kata laluan apa yang anda ingin cari dengan taip sahaja di ruangan tersebut.
Seterusnya, anda akan nampak bahawa terdapat paparan username dan password di ruangan yang berikutnya.
Tekan pada gambar mata ang terdapat pada ruangan password tersebut, dan verify terlebih dahulu kemudian baru anda akan dapat lihat semula password anda.
@mysumber Reply to @suhadahhaizad Cara Tengok Password Kalau Dah Lupa (Android) #TikTokGuru #LearnOnTikTok #JomBelajar #fypシ #foryoupage
Namun begitu, pastikan kata laluan yang dicari itu anda telah pun save ianya di aplikasi Google Chrome anda.
@mysumber Reply to @suhadahhaizad Cara Tengok Password Kalau Dah Lupa (Android) #TikTokGuru #LearnOnTikTok #JomBelajar #fypシ #foryoupage
Jika anda pengguna iPhone pula, sila rujuk dalam video seperti berikut:
@mysumber Reply to @fizbong Cara Nak Tengok Balik Password Kalau Dah Lupa #TikTokGuru #LearnOnTikTok #JomBelajar #fypシ #foryoupage
Sumber: @mysumber