Siakap Keli
Gambar: kbizoom

Dapat Panggilan “Prank” 2,000 Kali, Mangsa Nombor Telefon Terdedah Dalam Siri Squid Game Dapat Pampasan RM 3,500

Netflix dilaporkan akan membayar sebanyak 1 juta won (RM 3500) kepada mangsa yang nombor telefonnya terdedah dalam drama Squid Game.

Selain kejayaan besar yang diraih di peringkat global, darama popular Netflix ‘Squid Game’ telah menyebabkan ramai orang menjadi mangsa tanpa diduga.

Selepas beberapa nombor telefon bimbit dikesan pada kad nama dalam drama tersebut, mangsa yang menggunakan nombor telefon bimbit serupa telah menerima ‘prank call’ setiap hari.

Sebagai tindak balas terhadap kejadian itu, Netflix telah berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sebagai tambahan, Netflix dalam satu kenyataan dilaporkan akan memberikan wang tunai berjumlah 1 juta won (RM 3500) kepada mangsa panggilan tersebut.

Pada 24 September yang lalu, Money Today mendedahkan bahawa terdapat beberapa mangsa yang telah menerima banyak panggilan tanpa nama susulan dari salah satu adegan dalam ‘Squid Game’.

Menurut laporan itu, mangsa yang diklasifikasikan sebagai A mengadu bahawa dia telah menerima sebanyak 2,000 panggilan dan mesej dalam sehari.

Mereka yang membuat ‘prank call’ ini dikatakan merupakan dalam kalangan remaja muda. Mereka dilaporkan telah menghubungi A sepanjang masa, mengutuk, dan menyatakan perkara seperti “Saya akan mengambil bahagian dalam Squid Game”.

Malahan, A bukan tidak keseorangan. Ini kerana, seorang lagi mangsa lain yang diklasifikasikan sebagai B juga turut menjadi sasaran panggilan ‘prank’ kerana nombor telefonnya juga turut terdapat dalam drama tersebut.

Difahamkan bahawa B telah menerima panggilan ‘prank’ tersebut mulai 17 September. B mendakwa, “Pada keesokan harinya, saya telah meminta Netflix untuk menyelesaikan situasi ini, dan mereka telah menawarkan sejumlah wang penyelesaian berjumlah 1 juta won”.

“Saya rasa mereka akan berusaha bagi membayar sekitar 3 juta won untuk ganti rugi di bawah Akta Perlindungan Maklumat Peribadi sebagai jalan penyelesaian.

“Saya bahkan telah meminta pihak berwajib untuk melarang penyiaran, tetapi mereka menyatakan sukar untuk melakukan perkara itu.

“Tampak seakan mereka ingin membuat perjanjian daripada melakukan tindakan undang-undang,” lanjutnya.

Bagi mangsa C yang juga mempunyai nombor telefon yang serupa dengan yang ada dalam drama, C mengadu bahawa keadaan ini sukar untuk diterima akal kerana dia telah menggunakan nombor telefonnya selama 10 tahun.

C juga turut melaporkan bajawa dia telah dihubungi selama 24 jam sehari, perkara tersebut telah membuatkan bateri telefon bimbitnya habis dalam masa setengah hari sahaja.

Sebagai tindak balas atas kejadian itu, Netflix menyatakan, “Netflix dan syarikat produksi Siren Pictures ambil maklum berkenaan masalah itu. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya.”

Dilaporkan bahawa kejadian seumpama itu terus meningkat, dan belum ada penyelesaian praktikal yang dilakukan sehingga kini.

Sementara itu, adegan kad nama muncul selama beberapa saat dalam episod 1 dan 2 ‘Squid Game’.

Selepas drama tersebut bersiaran, adegan ketika Ki Hun (Lee Jung Jae) memeriksa kad nama yang dia terima dari seorang lelaki yang tidak dikenali telah dikongsi di SNS, yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku.

Sumber: kbizoom

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.