Siakap Keli
Kredit: Daily Mail/Mizushima Coast Guard

Kru Kapal Dakwa Tak Perasan, Bangkai Ikan Paus Bersaiz 32 Kaki Ditemui Tersangkut Pada Kapal

Bangkai seekor paus bersaiz 32 kaki dilaporkan tersangkut pada bahagian busur sebuah kapal yang berlabuh di pelabuhan Mizushima, Jepun.

Menurut Daily Mail, penduduk tempatan yang menyedari kewujudan haiwan itu telah memaklumkan kepada pengawal pantai tempatan.

Difahamkan, kapal tersebut telah belayar di lautan Pasifik sebelum berlabuh di Mizushima. Malah, kru kapal mendakwa mereka tidak menyedari telah terlanggar mamalia berkenaan, tambah portal itu.

“Saya dah memancing selama berpuluh tahun di sini, ini pertama kali saya nampak ikan paus,” kata salah seorang nelayan tempatan.

Kredit: Daily Mail/Mizushima Coast Guard

“Saya dah hidup lebih 80 tahun. Ini pertama kali saya nampak paus,” ujar saksi lain.

Jurucakap Jabatan Pengawal Pantai Mizushima berkata, mereka tidak pernah melihat perkara sedemikian dan sedang mengambil langkah mengelakkan perkara sama berulang.

Tambah Daily Mail, spesies paus tersebut masih dalam pengecaman, pun begitu Institute of Cetacean Research percaya ia merupakan paus sirip.

Ia merupakan salah satu spesies yang terancam disenaraikan International Union for Conservation of Nature (IUCN) dan paus kedua terbesar selepas paus biru. Ia dipercayai boleh membesar sehingga 27.3 meter dan mencapai berat 74 tan.

Kredit: Daily Mail/Mizushima Coast Guard
Kredit: Daily Mail/Mizushima Coast Guard

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.