Trik menyalakan api sememangnya berguna untuk para peminat aktiviti perkelahan atau berkhemah di dalam hutan. Selain untuk memasak makanan, unggun api juga penting demi keselamatan.
Pun begitu, kerja menghidupkan api memerlukan kesabaran yang tinggi. Tak kira sama ada menggunakan daun kering, sarang telur mahupun kertas surat khabar, ada masanya ia mengambil masa yang lama hingga kehabisan sumber bahan bakar.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok, @shafickza telah berkongsi satu trik mudah untuk menyalakan api yang berguna untuk anda. Hanya menggunakan tisu dan minyak masak, anda boleh menyalakan api dengan lebih lama sekaligus menghasilkan bara.
Caranya, susun arang dan letakkan tisu di tengah-tengah. Di dalam tisu tersebut, takungkan minyak masak dan bakar keempat-empat bucu tisu tersebut. Kongsi @shafickza, api akan sentiasa menyala selagi minyak masih ada.
Ketika itu, letakkan arang di sekeliling api untuk menjadikannya bara, namun pastikan masih terdapat ruang udara bagi membantu pembakaran. Katanya, anda hanya perlu tunggu beberapa minit dan tambah arang dalam api tanpa perlu bersusah payah mengipas lagi.
Tips ini telah mendapat lebih 1.4 juta tontonan di laman itu sejak dimuatnaik semalam dan mendapat lebih 106 ribu tanda suka. Jom tonton video di bawah.
@shafickza Dah berapa lama hidup ni baru je tahu🤣 #camping #travel #redang
Sumber: @shafickza