Siakap Keli
Kredit: @osd2umy_oe

(Video) Telefon ‘Hilang’ Lupa Letak Kat Mana? Ini Cara Mudah Nak Kesan Walau Tengah ‘Silent Mode’

Pernahkah anda mengalami pengalaman telefon hilang dari ‘radar’? Sama ada hilang dicuri atau terlupa diletak di mana, pasti anda akan rasa cemas kan? Tambah lagi cemas kalau telefon tu dalam keadaan mod senyap (silent).

Macam mana nak call kalau tengah senyap? Memang tak berbunyilah jawabnya. Tapi jangan risau, sekarang zaman teknologi. Segala-galanya mudah. Bak kata pepatah, ‘modern problem require a modern solution‘.

Menurut perkongsian pereka keselamatan dan jaringan OSD Network & Security, Khednniey di laman TikTok, antara cara terbaik untuk mengesan semula di mana lokasi terakhir telefon kita (walaupun mod senyap) adalah melalui panggilan dari Google.

Caranya mudah saja. Pergi ke laman sesawang Google (sama ada dari peranti Android lain atau komputer), taip ‘Find my Android‘. Pastikan anda mendaftar masuk (sign in) menggunakan emel yang sama digunakan pada akaun Google telefon tersebut.

Kemudian, klik pada fungsi ‘PLAY SOUND‘. Seakan satu ‘panggilan’ dibuat di mana telefon anda ketika itu akan mengeluarkan bunyi selama lima minit, walaupun sedang dalam keadaan mod senyap.

Dalam masa sama, anda juga akan dapat mengenal pasti lokasi terakhir telefon melalui fungsi Maps pada paparan skrin Google tadi. Ini sekaligus memberi panduan kepada anda untuk pergi menuju ke lokasi berkenaan.

Selain fungsi bunyi panggilan tadi, anda juga boleh mengunci peranti (lock device), mendaftar keluar dari akaun Google telefon tersebut dan memadamkan semua data dalam kadar segera bagi mengelakkan berlaku kebocoran atau kecurian data.

Mudah saja kan? Untuk penerangan lebih jelas, sila tonton video yang dikongsikan Khednniey dalam TikTok @osd2umy_oe di bawah ini. Semoga bermanfaat!

@osd2umy_oe

Pastikan anda tahu cara ini apabila phone hilang #OSD2UMY #TikTokGuru #TikTokMalaysia #LearnOnTikTok #JomBelajar #Android #FindMyAndroid

♬ original sound – OSD Network & Security – OSD Network & Security

Sumber: TikTok @osd2umy_oe

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.