Bagi yang suka masak sendiri di rumah, air fryer boleh dikatakan sebagai salah satu ‘pelaburan’ yang bijak. Macam-macam menu yang boleh dibuat dengan menggunakan air fryer ni.
Salah satunya adalah ayam panggang. Kalau korang ada air fryer di rumah, menu ayam panggang ni termasuk dalam senarai wajib cuba. Bukan sahaja rasanya yang menyelerakan, cara nak sediakan juga cepat dan mudah.
Bagi yang tak tahu nak guna bahan perapan apa untuk ayam panggang air fryer ni, resepi yang dikongsikan oleh Zuliana Alias melalui group Facebook Resepi Air Fryer (Malaysia) ni mungkin boleh membantu. Bahan perapan pun pakai satu benda je.
Perap guna perencah bihun goreng je
First time panggang ayam kat airfryer, helokkk kejadiannya.

Perap guna perencah bihun goreng Adabi je.

Ambik resepi kat group ni jugak, benda mudah jangan disukarkan. Suhu 200 (darjah Celcius), masa 25 minit.

Menurut Zuliana, dia hanya menggunakan sepaket perencah untuk dua ketul peha ayam. Tiada bahan tambahan lain yang digunakan sebagai bahan perapan ayam panggang ni.
Bercakap tentang kaedah perapan, Zuliana memerap peha ayam semalaman supaya perencah tersebut ‘masuk’ ke dalam ayam. Rasa pun ngam-ngam je kata Zuliana.
“Perap malam, pagi baru panggang. Lagi lama serap rasanya,” jawab Zuliana.
Tambahnya, setakat ini dia baru mencuba perap dengan perencah bihun goreng. Tapi dia juga ingin mencuba perencah-perencah lain seperti disarankan di ruangan komen.
Selamat mencuba!