Selain teks, emoji juga seringkali digunakan ketika berbalas mesej, baik dengan keluarga atau rakan-rakan. Emoji adalah satu bentuk komunikasi untuk menggambarkan emosi kita ketika membalas mesej.
Antara emoji yang sering kita nampak dalam aplikasi permesejan adalah emoji monyet tutup mata. Mungkin ada yang beranggapan bahawa emoji ini digunakan untuk menggambarkan perasaan malu.
Tapi tahukah anda, emotikon monyet sengih sambil tutup mata ni ada maksud yang tersirat disebaliknya. Malah emoji tersebut turut dikaitkan dengan sentimen perkauman.
Menurut Emojipedia, emoji monyet tutup mata ini digelar See-No-Evil Monkey. Dalam bahasa Jepun, See-No-Evil Monkey ini dipanggil Mizaru yang mewakili Three Wise Monkeys dalam peribahasa Jepun.
Sebab itu selain monyet tutup mata, ada juga emoji monyet tutup mulut dan telinga dalam aplikasi permesejan. Ketiga-tiga ini melambangkan peribahasa Jepun ‘sees no evil, hears no evil dan speaks no evil’ yang bermaksud tidak ingin melihat, mendengar dan bercakap tentang kejahatan.
Emoji See-No-Evil Monkey telah menjadi sebahagian dari Unicode 6.0 pada tahun 2010 dan ditambah dalam Emoji 1.0 pada tahun 2015.

Jadi, bila dah tahu maksud di sebalik emoji ini, janganlah lagi silap menggunakannya lagi bagi mengambarkan perasaan segan atau malu.
Sumber: Emojipedia