Siakap Keli
Gambar: Daily Star

Lelaki Culik Bekas Kekasih Dan ‘Sumbat’ Dalam Beg Pakaian Sehingga Mati Lemas

Seorang lelaki menerima hukuman penjara 30 tahun setelah menculik bekas kekasihnya dan memasukkan mangsa ke dalam beg pakaian yang kecil serta membiarkannya mati lemas di tepi jalan Connecticut.

Lelaki yang berusia 25 tahun itu mengaku bersalah atas satu tuduhan penculikan iaitu kes penculikan sehingga maut pada tahun 2019.

Mahkamah mendengar bagaimana lelaki itu pergi ke rumah mangsa pada 28 Januari 2019 dan mengubah telefonnya ke mod pesawat sebelum memasuki rumah mangsa.

Gambar: Daily Star

 

Pendakwa raya melaporkan bahawa pasangan itu didakwa mengalami pertengkaran yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di kepala dan lebam di sekitar mukanya.

Menurut Daily Star, mangsa kemudian diikat menggunakan pita pembungkus dan tali sebelum dimasukkan ke dalam beg pakaian. Menurut dokumen mahkamah, lelaki itu dilaporkan memandu 10 baru dari rumah mangsa ke Greenwich, Connecticut dan membuang beg pakaian itu ke dalam kawasan hutan.

Mangsa dikatakan meninggal akibat sesak nafas kerana kejadian itu. Lelaki itu memberitahu penyiasat bahawa mangsa jatuh ke lantai dan kepalanya terhentak selepas mereka melakukan hubungan intim di rumah mangsa seminggu sebelum mayatnya ditemui, kata pihak berkuasa persekutuan.

Dia juga mengatakan bahawa lelaki itu melekatkan pita pembungkus di mulut mangsa serta mengikat kaki dan tangannya. Kemudian mangsa dimasukkan ke dalam beg pakaian dan ditinggalkan di kawasan berhutan.

Gambar: Daily Star

Keluarga mangsa melaporkan kehilangannya selepas dua hari dan mayat mangsa ditemui pada 5 Februari.

DNA lelaki itu ditemui pada pemegang beg pakaian dan juga di bawah kuku mangsa. Lelaki itu dikatakan telah mengeluarkan duit dari akaun bank mangsa yang berjumlah sekitar $ 5,350 (RM 22,403) dan mencuri barang mangsa iaitu iPad dan laptop, menurut pendakwa raya.

“Beberapa hari kemudian, lelaki itu menggunakan kad ATM mangsa untuk mengosongkan akaun banknya dan kemudian berusaha untuk menutup bukti kesalahannya,” kata Peguam Amerika Syarikat Manhattan, Audrey Strauss dalam satu kenyataan.

Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa mangsa telah memberitahu ibunya “dia gugup, cemas dan takut kerana seseorang akan membunuhnya.”

“Mangsa kejadian ini sedang berada di puncak kehidupannya ketika dia diakhiri oleh tindakan lelaki yang tidak masuk akal,” tambah Strauss.

Lelaki itu didakwa menangis ketika ibu mangsa memberikan kenyataan.

“Awak, tidak layak menerima rasa sakit dan penolakan,” kata ibu mangsa kepada mahkamah. “Saya ingin awak mendengar kata-kata seorang ibu yang awak hancurkan dengan mengambil anak kesayangan perempuan saya.”

Lelaki itu meminta maaf kepada keluarga mangsa dengan menyatakan: “Tidak ada kata-kata yang dapat menyatakan betapa saya jijik dengan tindakan yang saya lakukan. Saya tidak akan memaafkan diri saya untuk itu. Saya tidak boleh meminta keluarga mangsa memaafkan saya kerana saya tidak layak mendapatkannya. Saya ingin mereka tahu bahawa saya sangat menyesal.”

Sumber: Daily Star

" "