Siakap Keli
Gambar: APMM

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung

GEORGE TOWN, 27 Sept (Bernama) — Mayat seorang lelaki ditemukan terapung oleh nelayan yang sedang menangkap ikan di kedudukan 1.1 batu nautika selatan Pasir Blanda di Teluk Kumbar, dekat sini semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat lelaki itu pada 4.10 petang, sebelum sebuah bot ronda KILAT 26 diatur gerak ke lokasi tersebut.

“Ketika ditemukan mayat lelaki itu lengkap berseluar panjang sukan hitam dan berbaju hitam, namun pemeriksaan awal tidak menemui sebarang identiti diri ditemui bersama mangsa.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti Polis Marin Batu Uban dan diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang, untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya  setakat ini pihaknya tidak  menerima sebarang aduan berkenaan orang hilang di laut dan meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau saudara agar tampil membuat aduan di balai polis yang berdekatan.

Beliau berkata APMM Pulau Pinang mengingatkan orang ramai agar tidak ke laut jika cuaca buruk dan sekiranya keadaan mendesak untuk ke laut utamakan keselamatan dengan sentiasa memakai jaket keselamatan.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'