Siakap Keli

Sakit Perut Sehingga Muntah Hijau Tak Menghalang Founder Hasnuri Untuk Bantu Ramai Orang Jana Pendapatan

“Tuhan yang menciptakan aku maka Dialah yang mengurniakan hidayah kepadaku. Dan Dialah yang mengurniakan aku makan dan minum. Dan jika aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan aku” ~Surah Al-Syuara ayat 78-80 ~

Tahun 2020 dan 2021 disifatkan sebagai tahun ujian bagi ramai usahawan. Ada yang jatuh terduduk akibat bisnes tak jalan, ada yang terlantar diserang virus yang tular ini dan ada juga yang ditimpa ujian kehilangan orang tersayang.

Tak kira usahawan besar atau kecil, dengan ujian yang berlaku sepanjang tahun 2020 hingga 2021 kini, pasti terkesan.

Begitu juga dengan Tuan Hasbullah Awang, Pengasas Hasnuri Sdn Bhd, sebuah syarikat terkenal yang mengeluarkan pakaian muslimah baju kurung dan jubah yang iklan radionya boleh didengari di corong Radio Era setiap hari, juga tak lepas dari ujian Tuhan.

Awal Julai lalu, Tuan Hasbullah yang ketika itu sedang giat membantu membimbing agen dan dropshipnya melalui Program Hasnuri Bersamamu, tiba-tiba diserang sakit dalam perut. Pada awalnya doktor mengesahkan hanyalah gastrik, tetapi situasi menjadi semakin buruk sehingga beliau langsung tidak boleh makan.

Sepanjang Program Hasnuri Bersamamu yang merupakan program bimbingan khas kepada agen dan dropship Hasnuri yang dijalankan secara virtual menggunakan platform Zoom, banyak kali Tuan Hasbullah terpaksa menahan kesakitan walaupun sedang mengacarakan program.

Sehinggalah pertengahan bulan Julai, beliau terpaksa dimasukkan ke wad kerana sakit perut yang semakin serius sampaikan beliau tidak boleh makan dan tidur akibat menahan kesakitan. Keputusan dari ujian darah tidak memberangsangkan menyebabkan doktor terpaksa melakukan endoscopy.

Keadaannya menjadi semakin teruk dan beliau kehilangan berat lebih dari 20 kilogram secara mendadak. Pada waktu-waktu yang teruk, Tuan Hasbullah akan muntah warna hijau yang sangat banyak!

Dari Johor, Tuan Hasbullah ditemani isterinya, Puan Nuriah Zakaria mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut di Kuala Lumpur.

Sebagai seorang pengasas kepada empayar perniagaan yang besar dan terkenal, sudah pastinya Tuan Hasbullah sendiri rasa tertekan dan sedih memikirkan masalah kesihatan yang menghalangnya untuk memastikan perjalanan bisnesnya lancar dan membantu agen dan dropshipnya berada dalam keadaan baik sepanjang situasi sukar ini.

Tetapi, Allah tidak pernah menguji seseorang hambaNya lebih dari kemampuan mereka. Di setiap kesukaran yang datang, pasti ada kesenangannya.

Syukur Alhamdulillah, Tuan Hasbullah mempunyai isteri yang sangat menyokong dan membantu sepanjang tempoh rawatan dan juga barisan pemimpin syarikat dan team yang mampu terus beraksi untuk memastikan perniagaan Hasnuri berjalan lancar, walaupun Tuan Hasbullah sedang terlantar di hospital menjalani rawatan.

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Selama ini, Tuan Hasbullah dan Puan Nuriah sangat sayangkan Team Hasnuri dan sangat mementingkan semangat kerjasama, saling bantu membantu serta semangat CINTA kepada Allah, juga cinta dan sayang sesama team. Team Hasnuri juga selalu ditanamkan dengan tekad yang kuat untuk terus membantu agen dan dropship untuk menjana ekonomi di musim pandemik ini.

Walaupun Tuan Hasbullah tak dapat beraksi, Team Hasnuri masih meneruskan bimbingan kepada agen dan dropship serta memastikan seluruh perjalanan perniagaan Hasnuri berjalan lancar sehingga mampu membuat jualan mencecah RM3 juta sebulan.

Alhamdulillah, Tuan Hasbullah Awang kini beransur sembuh dan pastinya banyak yang akan beliau kongsikan dengan Team Hasnuri serta agen dan dropshipnya, dan paling penting semangat beliau takkan pernah luntur untuk memastikan lebih ramai agen dan dropshipnya dapat dibantu jana pendapatan dengan Hasnuri.

Amira

Love yourself.