Setiap bakal ibu yang akan melahirkan anak pasti berasa lebih ‘tenang’ berikutan mungkin diberi peluang ditemani suami masing-masing dalam bilik bersalin.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan hal sedemikian menerusi satu ciapan ringkas di Twitternya hari ini.
“Saya telah minta @DGHisham (Twitter ketua pengarah kesihatan) untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi dan menjalankan ujian COVID dan negatif untuk menemani isteri mereka dalam bilik bersalin,” katanya.
Khairy berkata demikian bagi menjawab soalan yang dilontarkan netizen dalam satu ciapan terdahulu di Twitter.
Difahamkan, netizen tersebut menyatakan cadangan supaya Kementerian Kesihatan (KKM) membenarkan mana-mana suami yang telah lengkap divaksin untuk menemani isteri mereka di bilik bersalin.
Turut sama yang diseru netizen tersebut ialah Twitter KKM; Jabatan Pendaftaran Malaysia; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah; ahli Dewan Negara, Nurul Izzah; Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh; bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dan bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.
Saya telah minta @DGHisham untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi & menjalankan ujian COVID dan negatif untuk menemani isteri mereka dalam bilik bersalin. https://t.co/DDmoZZNRrI
— Khairy Jamaluddin π²πΎπΊ (@Khairykj) September 27, 2021
Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin