Siakap Keli
Kredit: realestate.com.au

(Video) Serbuk Roti Terkumpul & Berkerak, Ini Cara Bersihkan Pembakar Roti, Anda Wajib Buat

Salah satu peralatan elektrik yang ramai gunakan di dapur ialah pembakar roti. Dalam hanya dua atau tiga minit sahaja, roti bakar sudah tersedia tanpa anda perlu bersusah payah menunggu di tepi kuali di dapur.

Pun begitu, satu permasalahan timbul bila pembakar roti mula berkerak pada bahagian dalam. Kebiasaannya, alat itu boleh dibuka pada bahagian bawah untuk membuang kerak, namun tidaklah sebersih jika anda mencuci dalamannya di mana terdapat sisa serbuk roti yang makin banyak terkumpul.

Macam mana nak bersihkan? Berikut adalah langkah dikongsikan laman Youtube RealEstate.com.au untuk rujukan anda.

1. Pertama, pastikan wayar pembakar dicabut daripada soket.

2. Dengan menggunakan berus atau tisu yang dibalut pada pensil, jolok bahagian dalam pembakar untuk menanggalkan sisa roti yang melekat.

3. Kemudian, buka dulang kecil pada bahagian bawah pembakar dan bersihkan serbuk roti yang terkumpul. Masukkan semula dulang.

4. Menggunakan mod sejuk pengering rambut, halakan ke bahagian dalam pembakar untuk menyingkirkan roti yang masih bersisa. Keluarkan dulang dan bersihkan serbuk yang terkumpul.

Untuk bahagian luar pula, anda boleh mengelap pembakar menggunakan perahan lemon dan sedikit garam.

1. Belah lemon kepada dua bahagian dan tabur sedikit garam pada lemon. Garam akan menjadi ‘skrub’ untuk menghilangkan kotoran pada luar peralatan.

2. Lap menggunakan tisu.

3. Lap sekali lagi menggunakan cuka untuk mengilatkan pembakar roti.

Hasilnya, pembakar roti anda akan menjadi lebih bersih dan anda pun akan lebih yakin menggunakannya. Selamat mencuba!

Untuk penerangan lanjut, tonton video di bawah.

Sumber: realestate.com.au

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.