Siakap Keli

(Video) Tak Perlu Pergi Ke Bank Lagi, Ini Cara Nak Buka Akaun ASNB Secara Online

Dalam dunia kewangan, perkara penting yang harus kita amalkan bagi menjamin kestabilan perbelanjaan adalah simpanan. Terdapat banyak medium simpanan yang ada seperti menabung di bank, simpanan emas mahupun pelaburan.

Salah satu inisiatif yang sesuai untuk kita melakukan pelaburan ialah di Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Namun sebelum ‘pergi jauh’, pertama sekali yang kita kena buat adalah membuka akaun ASNB.

Sekarang kan zaman teknologi di hujung jari. Bagi anda yang mahu membuka akaun ASNB, tidak perlu susah-susah hadir ke mana-mana kaunter cawangan ASNB. Cukup sekadar mendaftar secara online saja melalui aplikasi myASNB.

Oleh itu, jom ikuti tutorial pembukaan akaun ASNB secara online seperti yang dikongsikan oleh Youtube ASNBmy di bawah ini. Semoga bermanfaat!

Sumber: ASNBmy

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.