Siakap Keli
Gambar: IG Anas Tahir

Ayah Faizal Tahir Dilapor Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Ayah kepada penyanyi terkenal Faizal Tahir, iaitu Dr. Tahir Abdul Rahman dilapor telah meninggal dunia awal pagi tadi akibat komplikasi jantung.

Berita pemergian Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 71 tahun itu dikongsi anak-anaknya di ruangan media sosial masing-masing.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, anaknya, Faizal Tahir hanya memuat naik foto kosong berwarna hitam dengan kapsyen ringkas bertulis “Innalillahi wa inna ilaihi rajiun”.

Selain itu, Anas Tahir turut berkongsi catatan sebak di laman Instagramnya pagi tadi.

“Thank you Allah. Thank you for everything. Thank you abah. We love u so much. Innalilah wainna ilaihi roji’un,” katanya.

Sementara itu Fazli Tahir pula turut memuat naik kenyataan di Facebook bertulis “Bagi yang mengenali ayah kami Dr. Mohd Tahir bin Abdul Rahman, beliau telah kembali ke rahmatullah jam 3.40am sebentar tadi,”.

Merujuk laporan AWANI, Allahyarham merupakan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) Aqsa Syarif yang aktif memperjuangkan isu Palestin.

Selain itu, Allahyarham juga pernah menabur khidmat dan ilmu akademik sebagai pensyarah di Universiti Malaya semasa hayatnya.

Sumber: Instagram Faizal Tahir & Anas Tahir / AWANI

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'