Siakap Keli
Gambar: Suarakalbar.id

Tular Rakaman Anak Didakwa Bakar Kubur Ayah Dipercayai Kerana Harta Pusaka

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang lelaki membakar kubur ayahnya didakwa kerana kecewa dengan pembahagian harta pusaka. Bukan setakat kubur sahaja dibakar malah batu nisan juga dipercayai telah dipecahkan.

Menurut portal Suarakalbar.id, perkara yang dilakukan ini membuat kubur di sekitar itu juga turut terbakar. Video tular ini dimuat naik oleh salah seorang pengguna Instagram iaitu @nenk_updatee.

Menerusi video itu, ia dijelaskan bahawa seorang anak disyaki membakar kubur ayahnya dan kemudian seorang lelaki datang cuba untuk memadamkan api di kubur itu.

Gambar: Suarakalbar.id

Lelaki yang disyaki membakar kubur itu juga dikatakan melakukan perbuatan itu berulang kali walaupun apinya sudah terpadam. Dia juga dikatakan datang ke kubur ayahnya menaiki kereta dan dengan sengaja datang hanya untuk membakarnya.

“Cerita dari lelaki yang memadamkan api, dia melihat seorang lelaki datang dengan kereta putih. Dia sengaja datang ke kubur ayahnya dengan niat untuk membakar kubur ayahnya sendiri,” jelas di dalam video berkenaan.

Berdasarkan video tersebut, terdapat seorang lelaki yang sanggup menolong dengan membawa air di dalam baldi untuk memadamkan api itu yang semakin marak itu.

Bukan setakat dibakar, batu nisan juga turut dipecahkan hanya kerana merasa tidak adil dalam pembahagian harta pusaka. “Batu nisan  ayahnya juga sengaja dipecahkan kerana merasakan pembahagian harta pusaka tidak adil,” tambah video itu.

Gambar: Suarakalbar.id

Video yang dimuat naik itu mendapat perhatian dan komen dari warganet yang menontonya.

“Sekiranya boleh menjadi anak, jangan risau mengenai harta pusaka. Sumpah itu tidak baik,” kata netizen.

“Kalau tahu sebegitu, ayahnya patut memberikan harta pusaka kepada anak yatim,” kata netizen lain.

Tonton video di sini

Sumber: Suarakalbar.id

@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli
" "