Siakap Keli
Gambar: @ABC

(Video) Ajaib, Viral Trak Terbabas Meluncur Laju Celah-Celah Kenderaan, Sikit Pun Tak Belanggar

Rakaman kamera CCTV  berjaya merakamkan detik cemas sebuah trak berwarna putih yang hilang kawalan hampir terlibat dalam kemalangan.

Walaupun video tersebut hanya berdurasi selama 5 saat, namun ianya sudah pasti akan membuatkan jantung berderau.

Menurut portal Khaleej Times, video yang memaparkan sebuah trak Toyota Hilux berwarna putih itu hilang kawalan terjadi di Wilayah Utara Australia.

Trak tersebut dapat dilihat hampir berlanggar dengan kenderaan lain yang sedang bergerak.

Namun secara ajaibnya, trak tersebut bernasib baik kerana dapat mencelah dan tidak berlanggar dengan mana-mana kenderaan.

Menurut kenyataan polis, pemandu trak tersebut hendak menuju ke bandar Darwin ketika trak yang dipandunya itu hilang kawalan sebelum merempuh kawasan kedai.

Mangsa yang merupakan seorang wanita (pemandu) dan seorang kanak-kanak (penumpang) telah digegaskan ke Hospital Royal Darwin dengan kecederaan ringan, kata kenyataan tersebut.

“Sangat bernasib baik tidak ada orang lain yang tercedera dalam insiden ini,” kata pegawai polis, Superintendan Daniel Shean.

Pengguna sosial media yang menonton video tersebut menyatakan bahawa mereka mendapati video itu sangat menakjubkan.

Sebahagian besar daripada mereka berpendapat bahawa pemandu dan kenderaan yang berada di tempat kejadian sangat bertuah.

Sumber: Khaleej Times

" "